Saturday 23 February 2019

Update blog sekali seminggu

Payah dah nak update blog setiap hari berbanding masa sambung belajar dulu. Rindunya masa tu Allah saja yang tahu. Yang tengah sambung belajar lagi-lagi di luar negara nikmatilah tiap saat anda di bumi orang. Segala yang pahit akan berlalu pergi. Hanya yang manis kekal dalam hati dan ingatan.

Hari ni saya cuti sebab demam akibat ulcer sejak khamis malam baru ni. Sakitnya Allah yang tahu. Malam saya menangis merintih sebab sakit sangat bahagian tekak dan badan lain terasa seperti ditumbuk-tumbuk. Jangan main-main dengan ulcer atau tonsil. Selagi dia tak surut selagi tulah kita akan demam panas yang teruk.

Kerna tak tahan, petang jumaat saya ajak suami ke klinik Intan. Rasa hopeless nak bergerak bersiap naik kereta. Sakit yang amat. Mata dan kepala sangat berat. Tekak tak boleh telan air atau makanan walaupun perut sudah berbunyi kelaparan. Kadang-kadang berzikir Allah Allah untuk redakan rasa sakit. Berkesan alhamdulillah. Ia mengingatkan saya bahawa zikir ketika sakit berat itu paling Allah suka dari merintih mempersoal kenapa diberi sakit.

Tapi saya sebagai manusia kadang terlupa, bila sakit menangis-nangis dulu kemudian baru ingat untuk berzikir. Malunya pada diri.

Doktor bagi saya ubat demam, antibiotik, spray ulcer, pencuci mulut. Sakitnya menunggu giliran sampai rasa boleh baring atas kerusi menunggu di klinik. Tapi sebab malu jadi buat-buat kuat. Padahal dalam badan dah bergolak seperti letusan gunung berapi. Terfikir alangkah bagus kalau ada bilik baring rehat sekejap sementara tunggu doktor panggil.

Hari ni sudah agak lega..tapi masih ada sisa-sisa sakit. Harapnya takde penyakit berat memandangkan saya kerap juga rasa pening dan hanyut sebelum ini. Minggu depan nak buat check up darah inshaAllah.

Oklah ini gambar sepanjang minggu ni. Midah datang ke ofis saya rabu baru ni...


Masak rendang itik masa mak abah singgah di rumah...


Bawa anak bermain di giant G.Badak. RM7 untuk hari biasa. RM10 caj hari minggu.


Update seterusnya minggu depan pulak rasanya.



No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Paya Bunga Hotel 2024

Sempena meraikan kejayaan Lubna memperolehi UPKK 5A 3B dan paling utama nak siapkan buku dengan mood baru, kami suami isteri tempah hotel se...