Monday 12 October 2020

Halaa 2 bulan 5 hari

Sudah mencapai 5kg berat Halaa pada usia dua bulan. Tinggi 61cm. Alhamdulillah. Ummi suka baby bambam dan bulat.

Hari ni kami beli nasi arab di restoran Aroma Arab di bandar. Teringin makan nasi arab tapi malas nak masak. Sedap tapi agak Melayu rasanya macam saya je buat haha. 


Beli 4 bungkus nasi mandy ayam RM40. Nasi banyak. Odw balik beli kopok leko kesum di batu enam. Sedap sangat. Hampir hari-hari makan kopok leko. Beruntung sangat duduk Ganu boleh makan macam jenis keropok.

Hari ni takde mood nak masak dan agak penat. Kebetulan ada sesi perkongsian inovasi dengan PM Dr. Roslan anjuran j/k penyelidikan FBK via webex. Kemudian diikuti perkongsian ringkas dengan pemenang AiiTel2020 minggu lepas. U. Fauzi (Emas) U. Firdaus (Perak), saya sendiri gangsa. Alhamdulillah moga ada lagi peluang tuk join tahun depan. 

Ok ini gambar di rumah makabah hujung minggi lepas. Adik dari Melaka balik melawat mak abah. Sepupu-sepupu... 


Beli basikal untuk Lubna dan Alyan... 

Terlebih tinggi dari saiz anak-anak. Hua3. Terkial-kial anak naik. Takpelah leh pakai lama. RM220 (Lubna) dan RM150 (Alyan). Beli di kedai basikal di Cendering. 

Ini pula masak nasi mandy tuk adik yang datang ke rumah minggu lepas...



2 comments:

  1. Sedap nasi Arab di kedai tu dan harga berpatutan.
    Ayam bakar murah dan sangat puas hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peminat nasi arab jg napaknya umfirdaus.. Kami baru 1st time mencuba sini..next nak cuba kebab dan ayam bakar..nampak sedap

      Delete

شكرا على تعليقاتك

Paya Bunga Hotel 2024

Sempena meraikan kejayaan Lubna memperolehi UPKK 5A 3B dan paling utama nak siapkan buku dengan mood baru, kami suami isteri tempah hotel se...