Monday 30 November 2020

Servis kereta dan nasi mandy

Servis macam-macam sehingga ke aircond. Kos servis cecah RM616. Paling mahal setakat ini pernah servis. Huhuhu. Bila PKP abis sume naik harga ye.
Tak mengapalah. Beginilah bila berkereta. Mujur satu kereta. Next servis bulan 6 tahun depan. Bulan 5 roadtax kereta. Haaa simpan duit betul-betul. Kalau tak boleh jadi papa kedana dek kerana sebuah kereta.

Jadi anak-anak semua, berpadalah berbelanja. Terutama bab kereta. Tunggu gaji betul-betul besar baru boleh beli kereta sedikit mahal.

Jangan rasa pendapatan 2-4 ribu tu besar terus beli kereta potong bulanan dekat seribu. Jadi pelik tengok muda mudi sanggup beli kereta mahal sedang gaji masih dalam kategori B40 atau lebih sikit.

Antara tips pernah baca ialah harga sebuah kereta yang kita nak beli hendaklah kurang dari jumlah gaji setahun. Boleh stat kira-kira semua. 

Masak nasi mandy dua kali minggu ni. Sekali di rumah mak, sekali di rumah sendiri... 

Nasi mandy masak di rumah sendiri dan bawa ke rumah mak... 

Nasi mandy beli di Sumai hotel. RM44 satu talam tuk 4 orang makan... 




No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Paya Bunga Hotel 2024

Sempena meraikan kejayaan Lubna memperolehi UPKK 5A 3B dan paling utama nak siapkan buku dengan mood baru, kami suami isteri tempah hotel se...