Saturday 29 January 2022

Bengkel kereta

Kali ini ke bengkel kereta sebab kereta berbunyi tiap kali nak hidupkan enjin dan ketika bergerak. Dah lama sebenarnya tapi baru beberapa hari ni tergerak hati nak ke bengkel bertanya.

Pergi ke bengkel pertama berdekatan rumah katanya serius ni kalau putus habis rosak sistem kereta. Kos mungkin atas RM600 dan siap lepas raya sebab nak kena order barang dulu. Alamak nampak cuak muka suami tapi dia senyap je ye tak nak cakap dengan saya pun apa detailnya. Suami hanya kata nak ke pusat toyota pulak tengok ada warranty x kalau ada x perlu bayar. 

Jadi tak semena2 hajat nak pegi kedai sekitar kampung je terpaksa menuju ke bandar. Mujur pusat servis buka, panggil staff dia untuk cek dan ye katanya bahaya ni kalau lama lagi mungkin akan putus dan lebih mudarat. Berdebar rasa. Toyota kata kalau boleh tinggal terus hari ini dan lepas raya baru boleh ambil. Hmm memang agak mustahil dan rasa stress pulak tiba2. Minta suami tanyakan kalau di bengkel luar ada ke dan berapa harga? Kata staff tu estimate harga kalau di luar mungkin dalam RM800. Tawakal jelah, lagipun kalau nak sewa kereta seapnjang seminggu makan ratus juga jd baik baiki terus walaupun beratus2. Tak rasa ada keperluan tunggu pusat servis toyota yang tak tau betul ke x siap cepat dan belum masuk hidden charge lagi macam pernah kena tahun lepas. Konon ada warranty tapi ada charge untuk service lain pulak. Hmmm.

Jadi mencarilah kami bengkel berdekatan seperti yang dicadangkan juga staff tersebut. Sebab kami memang agak terdesak dan tak boleh tinggal kereta. Pusing2 sekitar situ dan jumpa bengkel Cina, Gitu gini dia call orang dia agaknya dan maklumkan spare tu ada alhamdulillah dan harganya sekitar RM400. Rasa bersyukur sangat. Siap dalam masa sejam ke dua jam. Rasa nak lompat lagi sebab tak perlu tingglkan kereta. Rasa serik dengan pusat servis toyota Terengganu tahun lepas hampir dua minggu tinggal kereta di pusat servis toyota. Konon ada warranty tp last2 kena bayar juga charge lain yang makan ratus juga.

Ok, berbalik pada kisah tadi, lepas pomen datang bawa spare part, tauke kata harga dalam RM200+. Lagilah rasa gembira dan bersyukur sangat sebab harga yang paling masuk akal dan siap dalam masa hari yang sama juga. Jadi saya dan suami pun decide nak masuk kedai Ajis sementara kereta siap baiki. Rasa lega ada juga kedai situ boleh bawak anak2 kalau tidak mesti kebosanan dan kepanasan di bengkel. Bengkel ni namanya W. M. Wong auto accessories. 

Kerosakan melibatkan spring pada enjin kereta berkait dengan ekon juga. Agaknya camne ye boleh jadi camtu? Ada kaitan tak dengan orang servis ekon kereta dulu? Hmmm. 

Masa odw ke pusat servis toyota, cakap2 dengan suami pasal kereta kedua. Nampaknya kena fikir dengan lebih serius tentang kereta kedua. Anak2 pula makin membesar. Jadi aim seterusnya kereta pula inshaAllah. Semoga Allah mudahkan urusan.




No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Paya Bunga Hotel 2024

Sempena meraikan kejayaan Lubna memperolehi UPKK 5A 3B dan paling utama nak siapkan buku dengan mood baru, kami suami isteri tempah hotel se...