Friday 18 March 2022

Suami positif Covid...

5 Mac yang lepas suami mula demam dan batuk balik dari bercuti di Kelantan. Kuarantin 7 hari. Anak2 mula demam keesokannya dan sy kadang sakit kepala tapi masih negatif alhamdulillah. Minta mak abah test dan positif juga keduanya termasuk kakak saya keesokan harinya. 

 Memandangkan ada gejala ringan saya decide untuk BDR.

Result saya... 

Suami kuarantin dalam bilik komputernya. Tapi hari kedua dan seterusnya bila dah reda demam sudah mula keluar masuk bilik dengan mask. Petang minta suami buang sampah sorang2. Mula2 rasa rumit tapi terpaksa juga. Dengan ada bengkel dan mesyuarat setiap hari. Pertandingan unicel yang lingkup tak dapat apa2 pingat. Lelah juga. Masak hari2, dan hantar ke bilik suami. 

Alhamdulillah ala kulli hal. Suami sihat kembali dan anak2 sihat sudah cukup melegakan. Mak abah dan kakak pun sihat alhamdulillah hilang sudah kerisauan. 

Antara menu untuk orang kuarantin dan seisi rumah... 



Habis kuarantin terus cari makanan di luar kui2. Penat dah masak dan jaga anak spjg suami kuarantin kendiri... 

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Paya Bunga Hotel 2024

Sempena meraikan kejayaan Lubna memperolehi UPKK 5A 3B dan paling utama nak siapkan buku dengan mood baru, kami suami isteri tempah hotel se...