Saturday 29 July 2023

Mengasuh anak..

Semua anak kami diberi rezeki untuk asuh sendiri sehingga berumur 3-4 tahun paling kurang. Rezeki..walaupun susah tapi dipermudahkan Allah sebelum masing2 masuk ke Pasti atau sekolah...

Lubna 5 tahun - masuk Pasti 6 tahun
Alyan 4 tahun - masuk Pasti 5 tahun
Halaa 3 tahun - jangka masik Pasti 4 tahun

Kebetulan masa Lubna kami menetap di Jordan 3.5 tahun. Balik Malaysia walid asuh setahun kemudian masuk Pasti. Di Jordan suami dan saya asuh sepenuhnya. Waktu ke kelas suami jaga..waktu menulis tesis saya ada 100% di rumah.

Alyan pula suami bekerja dari rumah 4 tahun mengikut suami ke sana ke mari. Mudah jaga Alyan. Comel sangat. Tak susah duduk dalam carseat. Tak menangis mengamuk nak turun ikut ummi. Masa kecil ummi suka panggil ustaz atau sheikh Alyan almilyuner. Tak sanggup nak bagi orang luar jaga. 

Halaa pula kebetulan lahir tahun PKP jadi 2 tahun kami direzekikan mengasuh sendiri di rumah. Sekarang hampir setahun mengasuh gilir2 sejak suami masuk bekerja sebagai pegawai media di YAMCT..rezeki kerja separuh hari di ofis sahaja. Cuma Halaa lebih nakal dan xmau ducuk carseat. Sekarang hari2 mengamuk nak turun ikut ummi ke ofis. Mujur sekarang tengah sem pendek dan kelas pun dah xde..ummi pun dah nak habis jawatan KPP alhamdulillah. Tahun depan dah plan dgn suami nak hantar Halaa ke Pasti berdekatan rumah yang abangnya sekarang pergi. Rasa semakin lega bila anak2 dah boleh ke sekolah.

Cuma nak sampai tahap ini macam2 ragam ye..lelah dan hilang sabar banyak kali..

Bawa ke ofis saya hari ni...
Sekejap je sebenarnya mengasuh anak pejam celik dah nak masuk sekolah. Tapi tidak mudah. Berebut2 dengan keperluan kita juga sebagai pekerja dan lagi2 pegang jawatan😭. Pagi2 nak kejar untuk emasa (clock in) dan siapkan diri dan anak2. 

Beli nasi dagang belakang unisza..
Suami kata ofisnya buat jamuan order nasi dagang ni. Sedap juga. Boleh order nanti.

Mee rebus semalam. Mak bermalam 2 malam di rumah sebab tak mau ikut abah ke N 9 kenduri kawin anak sedara..



No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Paya Bunga Hotel 2024

Sempena meraikan kejayaan Lubna memperolehi UPKK 5A 3B dan paling utama nak siapkan buku dengan mood baru, kami suami isteri tempah hotel se...