Monday 25 December 2023

Balik Kelantan penghujung 2023

Sejak nenek suami meninggal, kami jarang balik Kelantan. Selang 2-3 bulan baru balik. Rindu masa lalu. Pantas masa berlalu.

Bermalam satu malam di hotel W Cemerlang. RM94 satu malam..Rumah sepupu dah semakin padat..tak berapa sesuai nak bermalam dengan ank makin membesar..

Di rumab sepupu..
Beg mcd tu sepupu suami dah beli sebelum konflik di Palestin lagi. Sekarang tersadai saje nampaknya.

Dalam kereta odw ke Kelantan..
Buat macam rumah ye masing-masing. Anak2 memang sejenis xgemar jalan jauh cepat bosan dalam kenderaan. Eh samalah dgn saya.

Sebelum ke rumah sepupu, singgah makan di Gino Pizza Kota Bharu..

Sedap! Pizza besar gedabak saiz 16" large. Baca review memang size pizza di US. Sebiji berharga RM44. Tambah burger, sejug air limau dan fries juga. Semua sekali RM69. Dah lama nak singgah kali ini baru berkesempatan. Cakap dgn suami memandangkan jarang balik Kelantan, jadi bila balik kena makan di tempat tak pernah pergi.

Lauk gulai daging umbut kelapa beli tepi jalan odw balik ganu. Makan di rumah..

semua beli di Kelantan termasuk budu dan tempe.

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Paya Bunga Hotel 2024

Sempena meraikan kejayaan Lubna memperolehi UPKK 5A 3B dan paling utama nak siapkan buku dengan mood baru, kami suami isteri tempah hotel se...