Kedai kancil patin raja Temerloh..kebetulan 11.11 jadi harga seketul RM11..sedikit kecewa sebab x berapa pedas...tauge goreng puk xde..
Makan tengahari selepas viva..sedap betul masak lemak cili apinya menggamit memori ketika duduk di Gombak dulu (UIA)..
Sate haji Samuri, Kajang....sesat2 kami cari tempat ni dari hotel...wwalau pun sudah penat tapi harus pergi juga..
Sate ayam keras sikit..sate daging sedap..kuahnya bila ada sambal yan gpedas baru sedap..overall sedap...
Nasi Arab Jamal berdekatan USIM..sedap! Yang ini Kak Shila dan us Ghazali yang belanja alhamdulillah..
Ini cafe tenzanne ke apa tah bawah hotel sahaja ..puas hati duduk hotel ni banyak kemudahan dan pilihan makanan walaupun parking kereta sedikit jauh..Sempena hari lahir Lubna kami sambut adhoc di sini atas pilihannya..amik simple shj sebab ummi teringin makanan lain iaitu mee tarik yang bersebelahan dengannya..tapi sayang belum buka dan kami pun dah nak balik lepas check out..
Makan malam ringkas di rumah adik di Melaka...sy beli bungkus apa ada termasuk mee tarik ..
Balik dari Melaka-Terengganu singgah rumah kakak di Dungun..tumpang solat zuhur-asar dan maghrib-isyak alhamdulillah...menu barat kakak masak dan sy beli patin tempoyak along dan rnr temerloh..tidak lupa beli masak lemak salai rebung dan keli...tp entahlah rasa biasa pula bila makan di rumah...nasi goreng datging bunga kantan yang kakak masak lebih sedap..
Ok, ini yang sempat dirakam. Multi purpose cooker kecil yang saya beli untuk kegunaan masak di hotel langsung tak guna. Bila dah sampai tempat orang, tengok pula macam2 kedai ada yang xde di Terengganu rasa nak cuba.
No comments:
Post a Comment
شكرا على تعليقاتك