Pengangkutan memakan belanja paling besar sepanjang travel iaitu lebih kurang 70% dari keseluruhan perbelanjaan. Sepanjang safar ke empat negara, terdapat beberapa pengangkutan yang sempat dinaiki antaranya:
-Elizabeth line (Underground train di UK)
-Trainline (East Midland Railways, UK)
-Thameslink (Train UK)
-Flix bus (Bas ekspress di UK)
-Turquoise link (Intercity bus, Nottingham)
-Bas (Intercity bus, Poland)
-Tram (Poland)
-Uber (Poland)
-Free airport service bus (Abu Dhabi)
-Sewa kereta (Poland - Czech Republic)
-Etihad Airways (KUL-LHR)
-MAS airline (KT - KLIA1)
-Moraza bus (KLIA1 - KT)
Pengangkutan awam di Eropah agak efisen dan sangat banyak. Pening juga nak faham route dan cari platform di mana train, tram dan bas perlu tunggu dan berhenti. Paling mencabar ialah menaiki trainline yang ada 2 change. Mujur berdua sahaja dengan suami waktu ini. Kos pengangkutan awam paling mahal adalah di UK kerana nilai duitnya yang besar. Boleh lihat di gambar.
Selebihnya ketika di Nottingham dan ke Wales menaiki kereta yang dipandu oleh adik Siti Balqis dan adik ipar. Skill drive ala konar baring kata emak😂.
-----
Pengangkutan awam pertama kami naik apabila tiba di tempat berikut:
Kuala Terengganu-KLIA1:
Menaiki pesawat MAS airline jam 6.35pm dari aiport Sultan Mahmud. Kos berlima RM812 sehala.
KLIA1 - Heathrow Airport
Menaiki ettihad dengan satu kali transit di Abu Dhabi. Kos tiket dewada RM2715 seorang dan anak-anak RM2100 seorang. Total kos flight RM11 819.
Abu Dhabi:
Menaiki free shuttle bus di bawah kelolaan Abu Dhabi experience. Keluar dari pintu arrival, kaunternya belah kiri berdekatan tempat taxi. Ada pic yang bertugas dan dia akan terangkan route dan bas perlu naik serta jadual perjalanan. Kami sampai di Abu Dhabi jam 12.40pm dan menunggu jadual bas jam 5pm ke Syeikh Zayed Grand Mosque dan mall berdekatan. Jam 9pm bas akan datang pickup semula.
Heathrow-Nottingham:
Menaiki Elizabeth line iaitu keretapi bawah tanah yang menghubungkan terminal 4 ke terminal 2 & 3 Heathrow yang menempatkan stesen bas tempatan. Sesampai stesen bas, kami naik flix bus yang agak murah untuk harha di UK tetapi mahal untuk harga Malaysia, iaitu £15 seorang. Beli untuk saya dan suami memandangkan anak2, mak. dan ayah naik kereta adik ipar. Tiket bas kami booking dari Malaysia melalui website dan perlu mengisi maklumat peribadi. Pengalaman ngeri berpanasan dalam bas selama 4 jam setengah sedangkan suhu di luar sungguh nyaman sekitar 15°c. Blower ekon rosak kata driver.
Stesen bas di terminal 2 & 3..
Elizabeth line..
Menariknya train dan tran di Eropah, penumpang di dalam boleh tekan butang untuk bukakan pintu train sekiranya pintu telah ditutup. Membolehkan penunpang di luar yang baru sampai masuk.
UK - Poland
Menaiki pesawat Ryanair
Kos seorang dalam RM600 return ticket. Saiz beg sangat strict perlu ikut seperti panduan syarikat penerbangan.
Wroclow, Poland:
Menaiki bas dari airport ke hotel dengan kadar 4+- Poland zloty harga dewasa dan kanak-kanak separuh harga. Agak menghairankan sebab tiket beli di mesin dan tiada pic yang cek samada passengger beli tiket atau tidak. Maknanya kalau naik tak bayar pun boleh😂. Cuma kalau tiba2 ada spot check yang x bayar akan cepat2 lari.
Menaiki uber dari hotel untuk ke city centre atau downtown dalam 15 minit perjalanan. Purata harga sehala untuk kereta 6 pax ialah 18-30 zloty mengikut trafik.
Menaiki tram berdekatan hotel dengan kadar 4 zloty harga dewasa boleh guna sepanjang hari.
Sewa kereta dari Poland untuk ke Prague, Republic czech. Perjalanan balik hari. Bertolak jam 10.15am dan sampai jam 3 petang. Pulang jam 8.30 malam dan sampai semula Poland jam 12 malam. Kos sewa kereta sehari termasuk tax ialah RM600 dan deposit atas kad kredit RM712 yang akan dipulangkan semula dalam masan2 minggu. Minyak full RM90+-. Company flex to go..
Nottingham city centre:
Menaiki bas no 77 dengan kadar harga £5 seorang boleh guna all day. Mahal tapi itulah kos di UK. Kalau uber sehala perjalanan dalam 12 minit boleh cecah £22. Cuba tukar duit kita hmmm x berbaloi.
Nottingham-Heathrow:
Menaiki tiga jenis train iaitu east midlands railway dan thameslink kemudian elizabeth line untuk sampai ke terminal 4 tempat international departure. Kos tiket berdua £90 dengan cukai. Mahal tapi itulah harga di UK.
EMR di Nottingham berdekatan broadmarsh station. Kena rajin tengok sign board untuk elak sesat. Mencabar juga sebab ada 2 change yang rupanya 1 change sahaja untuk sampai ke terminal 4 departure Heathrow Airport . Change kedua menaiki thamelinks dan terakhir ialah elizabeth line. Ini rupa EMR station di tingkat atas..
KLIA1 - Kuala Terengganu
Menaiki bas Moraza yang berada di terminal G iaitu tingkat bawah dari level 2. Jangan lupa print tiket yang telah dibook dan bawa ke kaunter untuk dapatkan tiket sebenar. Harga RM75 seorang dan kami booking siap sebel ke UK menggunakan website easybook. Kami berlima total cost anak-beranak RM375 tidak termasuk tiket mak abah.
No comments:
Post a Comment
شكرا على تعليقاتك