Sunday, 19 October 2025

Kelantan adhoc..

Balik Kelantan sebab ada kenduri last minit jemputan. Ya Allah sedap betul..

Kenduri kawan baik makcik suami. Dijemput semua. Saya tak pernah miss kalau kenduri kahwin dari Kelantan. Makanan macame dan gulainya mashaAllah sedapnya style orang lama. 

Ini homestay mak cik ubaidah. Satu malam RM100 sahaja Alhamdulillah semoga dipermudahkan dan dimurahkan rezeki mereka sekeluarga... 


Makan pagi beli di pasang kubang pasyu ya salam nasi dagang gulai ayam memang sedap RM6.50 sebungkus.. 
 singgah pasar berek 12 juga utk beli ulam dan sambal belacan legend untuk stok bawa balik Terengganu.. 


Singgah rumah ummi selepas keluar homestay.. 

Jenguk ruang bilik yang dah siap direnovate. Semakin lawas rumah bila ada tambahan ruang. 

Ajak adik lelaki dari KL makan malam di rumah.. 

Suka sangat masak dan jamu orang makan. Harap sangat dapat ajak ramai lagi. Tapi kena buat tembok pagar dulu sebab rumput jiran habis masuk ke pagar kawasan ruang tambah tepi rumah. Kalau ramai2 boleh makan di luar sahaja. 





No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك