Minggu lepas saya sekeluarga travel banyak tempat. Last stop di kuantan mak abah, keluarga kakak dan keluarga saya duduk di homestay kuantan. Malasnya nak menaip tengok gambar dulu...
Bertemu salah seorang keluarga cina mak...
Ahlan wa sahlan! Ini adalah blog peribadi saya dan keluarga sepanjang berada di Amman, Jordan. Semoga bermanfaat untuk semua!
Minggu lepas saya sekeluarga travel banyak tempat. Last stop di kuantan mak abah, keluarga kakak dan keluarga saya duduk di homestay kuantan. Malasnya nak menaip tengok gambar dulu...
Bertemu salah seorang keluarga cina mak...
Tak payah banyak cakap tengok gambar terus...
Pagi ni saya dan suami memasak nasi goreng untuk Pasti lubna. Kena sediakan untuk 170 pelajar. Tak tahulah cukup ke tidak yang kami masak :'(.
Menu sebelum ni macam-macam dalam kepala. Last2 nasi goreng sempoi aje. Kuang3x. Goreng sosej sikit.
Penat tak boleh lari dari kehidupan.
Penat emosi lebih parah dari penat jasmani.
Penat emosi hanya boleh dipulihkan dengan rasa tenang dan bahagia. Tak perlu fikir apa-apa. Tak perlu kejar apa-apa. Bestnya.
Selalu sangat fikir apa cara untuk mendapatkan duit tetap bulanan supaya boleh berhenti kerja. Pekerjaan yang goyang kaki dapat untung 5-6k sebulan pun cukuplah. Seronoknya berangan.
Masak ikan patin di rumah mak jumaat baru ni.
Baru ni jadi wakil fakulti untuk mempromosikan universiti bagi pelajar lepasan SPM, STPM, diploma dan asasi bertempat di Nilai, N.Sembilan. Ada tujuh pensyarah terlibat dari tujuh fakulti berbeza.
Suasana di karnival...
Awal tahun ialah masa yang sentiasa ditunggu-tunggu.
Bonus RM1000 utk kakitangan kerajaan awal Januari.
Bonus TH dah masuk 8 Februari baru ni dengan kadar 4.5%+1.75%. Purata bonus yang saya dapat dalam RM3k++
Duit buku jualan mursyid RM250 seorang. Buku muin RM250. Royalti buku biasanya hujung tahun baru dapat.
Duit AHB Maybank bulan Mac biasa dapat dalam RM300++ untuk separuh tahun pertama. Bayaran kedua pada bulan September pula. Di AHB saya letak 5k dan suami 5k menjadikan jumlah dividen setahun sebanyak RM600++ yang kami akan terima.
Kenaikan gaji saya juga adalah pada setiap bulan satu. 😀
Seronok menyimpan. Hasilnya kita boleh guna untuk masa mendatang. Untuk saya kepuasan menyimpan lebih besar dari kepuasan membeli barang.
Masak lagi. Rasa seronok pulak aktiviti mik gambar masakan dan post di blog. Rindu zaman di Jordan dulu.
Sejak kena keracunan hari tu belum ada hati lagi nak beli makanan luar. Paling tidak pun beli ayam goreng kfc dan masak nasi putih. Tu yang terbaik setakat ni bila malas memasak melanda.
Tumis sardin botan hari ni lepas balik kerja. Sedap juga jenama ni. Cume prefer agromas lagi...
Masih istiqomah memasak di rumah...
Makan jumaat pagi...
Suami ada sakit gout. Tadi dah jumpa doktor homeopati. Pantang makan rawatan utama pesakit gout.
Kena mula dah jadual menu pantang makan suami dan seisi keluarga. Saya pun kena makan cara sihat. Badan makin berbam-bam dah sekarang.
Menu hari ni bakar dan masak sayur air. Kena gigih memasak sendiri. Minggu lepas kena keracunan makanan rasa serik nak beli makanan di luar. Cukup-cukuplah. Rasa sekarang lebih rela makan nasi putih telur mata kicap dari beli di luar.
Bila jumpa orang yang bercakap tak berapa nak terang sekali dengan unsur nak temberang, biarkan aje. Nanti lama-lama pecahlah temberangnya. Tak yah cungkil-cungkil sampai masa samada orang tu tersasul sebut @ orang lain yang tersasul.
Hidup ini biar jelas, cakap pun biar ikhlas. Dari hati sampai ke hati. Takyah nak bertapis kalau di belakang pun cakapnya tak berlapik.
Bila jumpa orang camni saya iyakan aje cakapnya. Dalam hati berkata-kata, Allah ciptakan manusia ni cerdik, bodohlah kalau percaya bulat-bulat.
Tak tau kenapa..
Rasa rindu pada matahari di Jordan...
Rasa rindu pada ketenangan di sana...
Rasa sejuk. Rasa nyaman pagi...
Apa khabar Abu Muhammad...
Tuan rumah sewa kami...
Antara rasa yang paling sakit...
Adalah rindu pada sesuatu yang tiada...
Rindu pada kenangan lama...
Bila diimbau semula...
Mengamit sejuta rasa...
Pahit, manis, rindu...
Gaji bulan januari baru saja masuk tapi bayar itu ini akhirnya baki tinggal suku dari gaji penuh. Pegi kl tengah bulan baru ni banyak belanja. Nafsu membeli kadang-kadang membuak-buak. Kena kawal semula duit keluar masuk.
Kadang-kadang rasa duit laju habis sebab tak berkat. Kerja yang dilakukan tak setimpal dengan gaji yang diterima. Astaghfirullah. Kena lebih gigih berkhidmat. Jangan banyak mengeluh dan memberi lasan. Nasihat untuk diri yang selalu alpa.
Fasol ni dah bermula rasminya hari ini. Kelas saya esok jam 11-1pm. Alhamdulillah untuk sementara ni beban jam tak sebanyak sem lepas. Tapi tak taulah nanti tengah fasol berubah pula jadual sebab ada beberapa pensyarah yang akan menyambung pelajaran.
Lubna dah masuk PASTI. Lega bila dia dah mula suka bersekolah. Sebulan RM25 sahaja sampai jam 12.30. Bulan depan nak masukkan ke kekas iqra' akan jadi RM50 sebulan yurannya. Murah sangat alhamdulillah.
Sekejap masa berlalu. Dah sanah 2018. Umur pula 34 tahun ni walau belum masuk bulan enam lagi. :'(
Fasol depan akan mengajar 1 madah saja dengan kontak jam 8 jam seminggu. Lega sekejap. Itu pun belum habis lega sebab ada beberapa tenaga pengajar yang akan sambung belajar dan bercuti. Harap tak perlu pikul masa mengajar tambahan. Tugas sebagai penyelaras siswazah pun semakin bertambah.
Lubna dah masuk Pasti alhamdulillah. Menangis meraung-raung tak nk kena tinggal. Masuk hari ni dah empat hari dia ke raudhoh. Macam biasa pagi-pagi ada dialog ummi tak nak gi sekolah sambil buat muka sedih. Ummi kena keras hati. Ummi doakan lubna seronok dan gembira di raudhoh.
Anak kedua dah genap sepuluh bulanm makin banyak keletah lucu. Belum pandai berjalan sendiri. Merangkak memang dah laju. Dah boleh berjalan nanti hai tak tahulah macam mana. Hari-hari main kejar-kejar agaknya.
Mungkin tulisan ini penutup blog saya untuk tahun ini. Aplikasi blogger pada anset baru ni tak berapa mesra blogging. Susah nak upload gambar.
Kelas minggu depan adalah kelas terakhir untuk minggu ke 15 pengajian. Alhamdulillah. Maweed imtihan nihaie adalah pada 5&6 januari. Tanda kertas dalam masa lima hari untuk 220 pelajar dan key in terus. Sempat ke tak entahlah. Yang pasti saya akan penat ketika itu. Susun dan tutup fail pengajaran. Persediaan pengajaran ntuk sem dua. Kerja-kerja siswazah. Urusan-urusan peribadi. Allah yuyaysir umiri ameen ya Rabb.
Alyan sekarang dah tumbuh dua batang gigi di atas dan dua batang di bawah. Sangat mesra rakyat mudah tersenyum membuatkan hati ummi walid cair. Pandai tepuk tangan. Suka berdiri dan melepaskan tangan. Kadang-kadang terlentang ke belakang. Pandai bermain dengan kakak lubna. Senang sikkt keja ummi walau kadang kakak lubna suka betul kacau alyan.