Wednesday, 12 February 2020

100k dalam masa 10 tahun

Alhamdulillah, berjaya. Dalam masa 10 tahun berjaya menyimpan sehingga 100k. Ini target saya sejak beberapa tahun lepas setelah membaca kisah beberapa insan sehingga membuka mata saya untuk menjadi seperti mereka walau tidak banyak jumlahnya seperti orang lain pada usia 36 tahun ini.

Bila difikir macam mana boleh menyimpan sejumlah ini dengan hanya makan gaji. 

Kuncinya:

1. Jangan membeli mengikut suka hati. Fikir pros dan kons sebelum beli. Hebat dan mahal mana pun barang kita beli, kita akan tetap akan mati dan tak dapat bawa masuk kubur. Ini cara untuk menangkis membeli barang melebihi kos kemampuan. Kalau mampu beli dan tak merungut duit tak cukup dialu-alukan membeli sesuka hati.

2. Membeli dengan kos di bawah kemampuan. Jadi bila ada duit lebih boleh simpan.

3. Jangan beli sebab orang beli. Ikut keperluan diri bukan ikut kata orang. Saya tak suka sama dengan orang. Saya akan beli bila saya sendiri rasa perlu.

4. Buat jadual pengurusan kewangan. Saya dah buat jadual kewangan sehingga berumur 58 tahun iaitu umur pencen bersama umur suami dan anak-anak. Jumlah hutang, bonus, kenaikan gaji, simpanan dll. Dari situ mudah nampak target dan berapa perlu simpan dan perlukah menambah komitmen pinjaman. Sertakan sekali tujuan simpanan dan jumlahnya seperti melancong (15k), pendidikan (20k) dan kecemasan (20k). Bila nampak tujuan menyimpan kita akan lebih bersemangat. 

6. Simpan di tempat yang boleh menambah wang. Saya menyimpan di TH, AHB dan Awfar. Akan datang public gold inshaAllah.

7. Dengan lebihan duit yang ada jangan simpan semua cash, beli aset fizikal seperti tanah. Saya beli tanah menggunakan personal loan BIMB. Boleh buat pinjaman bank dan bayar autolife insurance sekali sahaja, bila meninggal dan tak sempat habis bayar pinjaman automatik milik waris dan tak perlu dibayar.

8. Bersedeqah walau sikit, jamu makan keluarga dan rakan-rakan. Konsisten walau tidak mewah. Untuk mak ayah saya lebih suka beli makanan dan bagi duit. 

9. Buat target belanja harian atau mingguan tidak melebihi jumlah tertentu mengikut pendapatan dan lebihan masing-masing. Sekarang saya cuba menyimpan 2k sebulan setelah tolak belanja harian dan komitmen lain. Tapi kebanyakannya akan tersasar😂. Kadang kalah dengan nafsu terutama bab makan dan barang dalam rumah.

10. Kita akan kelihatan miskin bila kerap menyimpan dan tidak membeli mengikut arus perdana. Tapi tak apa lebih baik kelihatan miskin dari betul-betul miskin. 

Selamat mengurus kewangan!






Monday, 10 February 2020

Renovate rumah

Setakat minggu ke lima ni banyak yang dah siap termasuk cat. Tinggal finishing, lampu dan grill yang belum siap.

Kos yang dah bayar:
Tukang RM19,500
Lampu kipas RM15x7, RM100
Cat grill RM50
Cabut pasang grill + grill baru RM450
Pasang ekon lama RM200
Tembok pagar RM2600

Ada lagi sejumlah RM15,000 perlu dibayar pada tukang tapi tunggu siap semua. Sementara tu sempatlah kumpul duit, membanting otak dan tenaga. Saya tak buat pinjaman untuk kos reno rumah. Guna sumber kewangan yang ada.

Gambar terkini belum ambil lagi. Ini yang minggu lepas.


Keluasan yang ditambah lebih kurang 280sqf. Asal luas rumah 1600sqf. Lawaslah sikit walau tidak besar. Berpadanan dengan harga 250k beli tahun 2011. Kelayakan loan kerajaan masa ni untuk gred DS45 masa tu ialah lebih kurang 330k kalau tak silap tapi saya lebih suka beli di bawah kos mampu supaya tak terbeban kemudian hari. 

Makan di makate, adik ajak rasa. RM25 dewasa, RM10 kanak-kanak 7 tahun ke atas kalau tak silap. Rasanya saya bagi 3/5😂. Ayam tak berapa fresh dan xberapa sedap.


Nasi maqlubah berapa kali buat tahun ni. Suami mengidam 😆

Belut goreng dan singgang...

Minggu ni rasa nak makan masakan rumah sahaja. Tak boleh nak telan makanan beli kecuali laksa penang dan kuih-muih. Macam-macam peel ibu ngandung ni. Sabarlah ye. Kehamilan dulu tak cerewet macam kali ni😂.




Friday, 31 January 2020

Perak & Kedah

17 Jan baru ni saya sekeluarga ke Perak bersama keluarga kakak. Ada makan-makan kesyukuran oleh keluarga mertua adik saya Balqis. Bersempena kesyukuran untuk anaknya yang kedua dan balik Malaysia beberapa bulan bercuti.

Makanannya ya Allah sungguh nikmat, lauk pauk kampung yang penuh dengan ulam-ulaman. Tengok gambarlah senang tak payah cakap banyak. Saya malas nak bercakap sekarang melainkan dengan orang saya suka (apa kaitan ntah).

Hari pertama sampai...


Makan-makan hari kedua...

Bab makan paling seronok. Macam-macam sambal ada. Rasa nak nangis tengok lauk.

Kami bermalam semalam di Ahsana homestay yang berkonsepkan chalet. RM110 untuk bilik queen bed yang sedikit luas. Homestay ni terletak di daerah Baling. Suka tengok gunung bukit sekitar.


Odw balik Ganu singgah di Mastura sate. Memang sedap dan juicy sate ayamnya..secucuk 70 sen sahaja.

Ok tulah percutian pendek untuk januari ni. Percutian adhoc jugaklah.


Tuesday, 14 January 2020

هل فعلا اللغة العربية صعبة؟

Jawapannya ya.

Tatabahasa Arab sangat complicated. Terdapat kata ganti diri yang berbeza untuk awak saya dia mereka, lelaki atau perempuan, masa sekarang atau lepas dan banyak lagi. 😆

Cuma ni nak bagitahu sikit, duk perati je orang yang suka menegur kesalahan bahasa Arab orang. Orang yang menegur ni kalau tengok bukan bagus sangat pun bercakapnya🤔. Tapi dia punya tegur tu macam fasih sangat😂😭. 

Saya sampai sekarang kalau dengar rakan-rakan bertutur salah tak pernah berniat nak tegur. Pandai-pandai sendirilah. Saya pun bukan lancar sangat nak menegur orang sana sinun. Hairan dengan orang begini, mungkin ada masalah inferiority complex kot. Nak tutup kelemahan diri.

Monday, 13 January 2020

Common sense

Hari ni tengok emel dari pelajar PhD bawah seliaan berkenaan bab dua yang perlu sy semak. Siap download dan buka untuk dibaca, rasa panas hati sebab takde cover page. Terus halaman bab dua. Dalam hati menyum %[&% se+#?^$*h. Dah level PhD tapi perangai seperti pelajar ijazah.

Orang macam ni pentingkan diri sendiri. Dia tak fikir nak memudahkan orang lain yang penting dia mudah dan senang. Benci sikap begini.

Masa saya PhD dulu tiap kali hantar draf pada musyrif saya akan letak sekali cover page lengkap dengan nama uni, tajuk kajian dan sewaktu dengannya. Bawah sekali tarikh saya hantar tesis pada musyrif. Sebab saya tahu bukan saya seorang sahaja bawah seliaan musyrif. Dia ada banyak lagi benda kena fikir bukan nak kena hafal tajuk pelajar. Nonsense.


Sunday, 12 January 2020

Check up kehamilan di KK Kubang Jela

Klinik kesihatan baru beroperasi. Lebih besar dari yang lama. Aircond sana sini. Selesa. Tapi macam biasa penuh orang🤦.

Untuk cek kehamilan adalah pada hari Ahad sahaja untuk zon atau kawasan saya. Jadi jam 9 sampai, letak buku pink dalam bakul mengikut waktu temujanji. Ada jam 8-9, 9-10, 10-11 dan tiada temujanji.

Temujanji saya jam 10am. Jadi memang sesuai datang jam 9 untuk cek air kencing, tekanan darah dll sebelum berjumpa doktor. Dalam sejam 40 minit selesai. Kena minum 2 kali air gula😣 sebab berat lebih 80kg, sejarah mak ada kencing manis dan pernah melahirkan anak 4kg. Huhuhuhu.

Rasanya ini kali terakhir mengandung sebab tak berapa rajin jaga anak😂😂. Dan rasa malas nak check up kehamilan semua. Tak sama macam anak pertama dan kedua dulu semangat.

Oklah, tu setakat ni tentang kehamilan.

Yang bawah ni pengalaman jadi penilai dalaman pelajar PhD viva Disember baru ni. Rasa cetek lagi pengetahuan.



Thursday, 9 January 2020

Suami kata...

Suami kata lamanya tak update blog. 😂. Rasa malas dan malas. Sebab lama sangat tak update jadi banyak pulak cerita.

Gatal mak beransur sembuh lepas cuba ubat sensei di Terengganu. Cuma kami bimbang kalau ada steroid. Tapi tulah mak rasa lega sangat dan ceria bila dah tak menggaru waktu malam. Doakan mak saya sembuh.

Anak sulung dah masuk darjah dua. Ceria lagi setakat ni ke sekolah. Maklumlah dah semakin matang. Bermula semalam naik van sekolah waktu pagi. Hari-hari bagitahu nak naik bas sekolah. Ummi dulu tak suka naik bas dan sampai sekarang tak suka.😂.


Sehala RM30. Oklah, harapannya anak-anak sampai selamat ke sekolah.

Sudah empat hari tukang datang reno rumah. Alhamdulillah semoga lancar semuanya. Nanti buat entri khas untuk renovation rumah.


Bekal nasi goreng kicap semalam bawa anak kedua ke pejabat sementara kuliah takde student tengah final exam...


Bermansaf pada bulan lepas...


Ada lagi khabar lain yang saya belum cerita, sekarang tengah fasa mual, loya, malas, rasa berat badan, berangin. Ada rezeki bertambahlah ahli dalam keluarga kami ini. Doakan yang terbaik. Rasa gelisah, gusar, malas sume ada. Suami relax je. 😖



Tuesday, 17 December 2019

Teman mak berubat kulit

KT - Raub - Seremban - KL - KT

4 hari berkelana berjumpa saudara cina dan sensei untuk rawatan sakit kulit mak.

Harapnya mak serasi dengan ubat cina ni. Gelisah kami bila mak mengadu gatal tiap malam. Dah buntu kami adik beradik nak tolong tapi tak tahu apa perlu buat.

Atas nasihat Us. Bob perawat Darussyifa supaya mak berjumpa tabib cina di negeri kelahiran. Moga-moga ada sinar buat mak sembuh. Mohon doa semua.

Jumpa pakcik...


Tabib sakit tulang dan urat master ee di Rasah, negeri Sembilan...


Abang dan abang ipar mak...


Di beradu raub guest house. Kali kedua datang ke sini. Bersih dan menenangkan. Rm95/semalam...


Ikea RM76...


Kedai buku Ana Muslim Taman Melawati...


Hotel Lodge Ten, Seremban 2, RM77/semalam...


Wednesday, 4 December 2019

Pasang langsir baru

Alhamdulillah setelah hampir 7 tahun tak pernah tukar langsir, hari ni selesai pemasangan. Kos terlibat ialah sebanyak RM1700. Tempahan siap dalam masa 18 hari lebih kurang.

                            Ruang makan...


Ruang tamu...


Bilik utama


Dua lagi bidai zebra di bilik anak dan bilik kain.

Harapnya bertahan lama. Lepas 7 tahun kita tukar pulak inshaAllah.

Kos sebenar:

Ruang tamu: langsir (rm542)

Ruang makan: langsir (rm494.80)

Bilik anak: zebra blind krim (rm180)

Bilik pakaian: zebra blind krim (rm180)

Bilik master: 1 panel zebra blind (rm150=krim) 2 panel zebra blind putih/krim (rm180)

Total=rm1726.80

Nasi dagang Kak Pah memang terbaik!

Sejak kenal nasi dagang Kak Pah ni memanh jatuh hati terus. Walaupun harga RM5 tapi rasa berbaloi. Lauk banyak dan kuah pekat. Sangat sedap. Ada dua cawangan kedainya satu di Batu Burok dan kedua di Gong Badak.


Selain nasi dagang, ada nasi minyak sambal ayam, nasi lemak...


Ini menu di rumah kakak masa hantar adik bongsu ke Politeknik Dungun baru ni...


Bila berkumpul makan adalah aktiviti utama.

Saturday, 30 November 2019

Pizza hut volcano

Semalam keluar cari beberapa barang dan tiba-tiba teringin makan pizza hut.

Jadi singgah di pizza hut dataran austin dan order yang tak pernah rasa, pizza volcano...


Rasa roti sedap gebu chewy. Tapi tak pedas macam volcano pun😂. Keju banyak, kepingan ayam sikit. Boleh try buat di rumah nanti. Semua sekali RM62, ada pizza, ayam bakar 4 ketul kecil, mushroom soup 2, air 3, aiskrim 2. Rasanya sejak balik dari Jordan tahun 2017, ini baru kali kedua makan pizza hut.

Ini pula pasta goreng masak untuk makan petang di rumah. Bukan pizza hut punya tau..🤣


Tv kat rumah kami ni kerap berpindah randah, sekejap di ruang makan, sekejap di bilik anak, sekejap di bilik utama. Bergaduh adik-beradik duk depan laptop...


Bila anak berebut gini tengok jelah. Dalam hati siapppp lepas ni kalu ada yang menangis.

Thursday, 28 November 2019

Tips dari Jack Ma

Perkongsian.

Nasihat yang boleh dijadikan panduan untuk orang muda dari Jack Ma:

Before 20 : Be a good student

20 - 30 : Be a good follower to a good boss, a good boss teaches you differently.

30 - 40 : Work for yourself.

40 - 50 : Focus on thing u are good at.

50 - 60 : Work for the young people, because young people can do better than you, rely on them, invest on them, make sure they are good.

60 : Spend time on yourself.


Rasanya belum terlambat untuk Work for yourself pada umur 35 tahun ni😂.

Nasi tomato dan tempoyak udang beberapa hari lepas...

O

Sup tulang hari ni teringin sungguh...


Beberapa hari ni saya masak lebih supaya boleh makan esok harinya juga. Alhamdulillah ada kerajinan untuk memasak dan puas hati tak perlu beli. Ada lebih saya akan bawa ke rumah mak. Seronok masak ni. Hilang stress.

Sunday, 17 November 2019

Saturday, 16 November 2019

Hotel perdana lagi...

Kali kedua menginap di sini. Rasanya puas dah duduk sini. Breakfast kurang sedap berbanding kali pertama datang.😂

Bilik macam biasa, katil empuk tapi sarung bantal spare agak berbau, minta tukar😂.

RM230 satu malam. Katil twin mengadap pool...


Sambut hari lahir Lubna di bilik hotel...


Mandi kolam...


Sarapan nasi dagang, mee dll...



Ikan bakar tawar. Ini paling terbaik dan puas hati...


Lubna sambut besday di sekolah



Saturday, 2 November 2019

Lubna periksa akhir tahun

Hari ni Lubna gigih nak belajar sebab esok nak periksa😂.

"Ummi, Lubna nak belajar nanti esok Lubna tak tahu nak jawab, orang lain dah siap Lubna tak siap lagi sebab Lubna yak tahu..." katanya tadi. 

Haha ini namanya sudah sedar diri dan sudah sedikit matang. Alhamdulillah. Ummi dulu besar Lubna ni bila masa periksanya pun ummi tak tahu🤣. Sedar-sedar muallimah bagi repot kad😆. 

Belajar b.Arab lagi. Lebih mudah dari tauhid & feqah yang diajar dalam b.Arab. Ummi pun buntu macam mana nak mengajar...


Makan malam sekejap sebelum sambung belajar...


Dialah cikgu, dialah anak murid. Ummi.nak suruh dia jawab, boleh pulak dia buat soalan, ummi kena jawab😂..xprlah ini pun salah stau strategi pdp. Ummi pun buatlah salah-salah jawab. Terkekek-kekek ketawa ye...


Sepetangan kemas dapur hari ni...


Pandangan dari pintu masuk amatlah tidak cantik sebab nampak sinki dan tong sampah...hmmm...