Thursday, 8 January 2026

Balik Kelantan.. uncle dak dan nasi kerabu pucuk pite k. Aziemah

Balik kali ini kerana ada kenduri belah sepupu suami. Jadi rancang balik lebih awal supaya boleh makan2 tempat yang lama dah nak pegi. Lalu lalang di fb kedai uncle dak, nasi kerabu pucuk pite yong taufu waniey.. 

Memang sedap patin jerantut. Tak sangka betul2 sedap dan pedas manis kuahnya. RM64 untuk lauk patin jerantut RM21, pais patin RM10, masak lemak etak RM6, nasi putih 4 bungkus RM8, murtabak mabud RM17 yang super tebal dan sedap. 

Sedap betul! RM31 untuk 3 bungkus nasi kerabu berlauk dan 1 bungkus kosong.

Ini yongtaufu beli di pasar lundang. Ya Allah kenapa sedap juga ye... 

RM27. Kuah pedasss dan manis di hujung. Specialnya ada ikan sumbat pada sayur. 


Monday, 5 January 2026

Bawa Lubna outing dengan kawan..

Bawa lubna dan kawan serta sepupunya ke Mayang mall hari ini. Sementara mereka bertiga habiskan masa bersama, kami ke mercato dan makan bekalan yang ditapau dari pejabat sempena program bersama jemputan luar.. 




Program pagi tadi..


 Kami berlima tanpa ustzh Shuhaida. 

Woodfire, Mayang Mall dan lain2

Kali pertama cuba makan di sini. Sebelum ini take away sahaja. Bawa anak2 sempena cuti sekolah juga. Ini cerita minggu lepas.. 


Singgah family mart pula makan aiskrim.. 

Kakak lubna dan adik2 kemas bilik ummi Alhamdulillah.. Sayang kakak dan adik2.. Ummi boleh sejuk hati kalau tengok rumah bersih.. 

Biarlah rumah biasa tetapi biar kemas dan bersih seadanya. 

Ini durian musang king siap perisi beli di area batu rakit 2 bekas RM55. Beli semalam. Kali kedua beli di sini puas hati. Sebelum ini beli 4 bekas RM100.. 

Cantik dan sedap. 

RM100 untuk 4 bekas, beli minggu sebelumnya.. 


Banyak tak tercerita. Ini makan di restoran cina  al barakah dengan kakak sekeluarga Sabtu baru ni.. 





Sedap dan light. 

Monday, 29 December 2025

Nasi mandy lagi..

Nasi mandy ayam... 

Menu untuk keluarga hari ini. Senang masak dalam pressure cooker. 

Makan mee tarik al-barakah di masjid terapung.. 

Rasa macam meggi. 

Borak adik-beradik cuti baru ni. Tapi sekarang semua sudah pulang ke sarang masing2.. 


Bertemu semula raya tahun depan inshaAllah. 




Friday, 26 December 2025

TC steak house

Dah lama berhajat nak singgah rasa akhirnya dengan pujukan adik yang balik ke Terengganu dari Johor maka kami ke sini untuk cuba..

Adik lelaki belanja daging family set dua set.. 

Lucu jugalah kata staff hanya 1 set saje boleh ditempah untuk 1 booking family. Padahal kami 3 family ada 16 orang. Tapi suami minta juga sebab macam tak masuk akal pula boleh order 1 set je.

Kos 1 set RM150, ambil 2 set dan selebihnya tambah sendiri. 

Monday, 22 December 2025

Baiki vios..

Ahad baru ni kereta vios berbunyi kuat di bahagian enjin lepaa suami hantar saya ke pejabat. Tersadai sekejap di masjid Wakaf Tembesu sebelum naik grab kawan balik ke rumah. 

Kata pomen fan belt hampir putus. Jadi lepas habis kelas jam 4 suami ambil saya naik expander dan ke masjid untuk bawa kereta ke bengkel kawannya. Berdebar betul, sudahlah lama tak bawa kereta. Terpaksa juga. Suami bawa expander dan saya bawa vios. Dengan bunyi semakin kuat terus saya berhenti depan maahad tok jiring. Tak berani nak bawa saya pula tukar bawa expander. Ni pun kelakar sebab setelah 3 tahun beli, kali pertwma saya bawa atas jalan besar huhu. 

Pendek cerita hantar bengkel dan pagi tadi baru ambil semula. Kos baiki tukar alat RM769. Huhuhu. Bajet hangus yang tak disangka. 

Ok, ini pula vacum baru yang adhoc beli sebab yang di rumah 2 biji sudah rosak😭. Jenama panasonic nampak gagah dan memang gagah. RM415 sebiji. Vacum paling mahal pernah beli. Saya tak boleh hidup tanya vacum. Menyapu tak sebersih vacum yang menyedut debu2 kecil. 

Ok sehari dua ni berulang alik dan tidur di rumah mak sebab adik2 ada yang balik ke rumah mak ayah..anak dan sepupu2 mm


Masak bawa ke rumah mak.. 

Penat juga tapi seronok memasak banyak dari biasa. 

Ini tengok traz perodua tadi sebelum ambil kereta di bengkel.. 

Cantik. 







Thursday, 18 December 2025

Majlis Anugerah Prestasi Pasti 2025

Sempena Majlis Anugerah Pasti..

Halaa hadiah celik minda 5 tahun.. 

Nanti ambil gambar lebih jelas dengan walid dan cikgu. 

Patutnya Hala nasyid atas pentas tapi entah macam mana boleh tercicir. Aduilah kesian anak ummi tak dapat menyanyi kali ini. Tahun lepas semangat naik pentas menyanyi dengan kawan2. Takpekah Halaa, tahun depan pula ye. 

Sayanggg anak ummi yang manis lagi petah. Ummi doakan Halaa berjaya cemerlang di dunia dan akhirat amiin. 

Ini pula masak untuk jamuan sekolah Alyan Rabu baru ni. Pulut kuning rendang ayam... 

Ada ke pulak dia cakap pada cikgu nak bawak balik kalau ada lebih. Cikgu mesej bagitahu😂. 

Ini jamuan ringkas akad nikah pak sedara dan mak sedara yang telah bercerai hampir 8 tahun dan Rabu baru ni berkawin semula.. Bila sudah memang jodoh.. Alhamdulillah.. 

Lucu dan rasa tak sangka. Mak sedara ni suka memasak dan sedap sangat. Terkejut mula2 dulu dengar dia berpisah dan betul2 bercerai dengan pak saudara. Padahal pada saya masa tu diorg adalah pasangan sejoli. Majlis ringkas.. 

Nasi tomato pengantin yang masak. 



Thursday, 11 December 2025

Alyan dapat no 6..

Alhamdulillah.. Lebih 10 kali ulang dapat no 6 sejak dari semalam..

Ummi letak di sinilah nampaknya. 9A 2B. Semoga kekal cemerlang dan UPSRI nanti dapat full A amiinn. Doa untuk kakak Lubna dan Halaa juga.

Oklah Rabu baru ni puasa jadi berat turun jadi 87kg Alhamdulillah. Tapi lepas tu naik semula jadi 88kg. Better dari bulan lepas berat saya 91kg😭. Hajat dapat turun 83kg rasa gembira dah.

Halaa di pasti sempena jamuan akhir tahun dan besday. 
Tema baju tidur. 

Nasi dagang atas tol makan baru ni dengan suami.. 

Friday, 5 December 2025

Proses diet.. diet dompet..

Nak slow2 diet tp berjaya beberapa hari. Sehari dua ni rasa nak makan banyak. 😢

Bawa anak2 makan di luar minggu ni. ICT Firdausy RM69.. 

KTCC makan pastry dan roti.. 

Pegi KTCC bila bawa anak2 dengan banyak tempat singgah memang makan belanja. RM170 untuk makan dan diy serta sikit barang dapur. 

Kopi nisang odw ke rumah mak.. Dan dumpling serta roti inti daging di kedai makan cina al barakah di masjid terapung.. 


Ini saje dah RM70 untuk 2 set dumpling, 6 biji roti daging, 3 aiskrim dan 1 air kopi nisang. 

Nampak gaya minggu ini bukan  ummi yang diet, tapi dompet duit yang diet. 

Well done anak2! 

Minggu depan semua makan je apa ada. Ummi kena kawl nafsu membeli. 

Oklah, hari ini bermula hujan semula setelah seminggu panas. Tapi pelik sikit sebab hujan turun tiba2 dan berhenti tiba2. Minggu lepas unisza pdpr kerana bimbangkan banjir dan hujan lebat. Rupanya panas seminggu. Esok bermula kelas fizikal, molek pulak hujan turun hari ni. Huhu. Qaddarallah ma yasha'.