Monday 3 November 2014

Tugasan terjemahan pula

Semalam selesai tugasan pembentangan untuk subjek طرائق التعليم والتعلم. Tajuk yang sy perlu buat ialah tentang التعليم المباشر atau طرق التعليم المتمركزة حول المعلم serta jenis2nya daripada metod syarahan atau المحاضرة dan perbincangan المناقشة. Alhamdulillah walaupun penat berdiri selama 2 jam yg diselang-seli dgn penerangan Dr. Mahyuddin serta perbincangan antara pelajar, rasa lega sebab telah selesai satu tugasan pada awal2 sem. 

Kalau dikira-kira ada 2 lagi pembentangan formal yg tinggal. Selebihnya perbincangan secara tak formal yg kebiasaannya sy hanya banyak mendengar dan mendiamkan diri. kehkoh.

Hari ni sambung pula tugasan untuk subjek صعوبات التعلم. Masing2 diberi bahagian buku yg perlu diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Minggu depan nak kena submit. Tak taulah sempat atau x dengan cdgn nak buat visa keluarga pula selasa depan. Alahai bertindan2 kerja dalam satu masa. Visa keluarga 2 nov baru ni dah tamat. Entah2 kena denda ai xtahulah.

Tugasan terjemahan berkaitan iaitu Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) atau dalam bahasa Arabnya: اضطراب نقص الانتباه وفرط النشاط...


Hilang daya fokus dan hiperaktif luar dari kebiasaan juga merupakan salah satu gangguan pada kanak2. Mohon dijauhkan anak2 kita dari segala penyakit atau gangguan seperti ini. Puncanya masih belum diketahui. Tapi kebanyakan learning disabilities ini berpunca daripada brain injury atau kecederaan pada otak kanak2 yg boleh berlaku semasa ibu mengandungkan bayinya, atau semasa proses kelahiran atau selepas dilahirkan (spt kemalangan). Penggunaanseperti vacum utk menyambut kelahiran atau kecederaan di kepala bayi ketika proses melahirkan atau kekurangan oksigen akibat lemas dll sumenya akan memberi kesan pada otak bayi pada kemudian hari. نعوذ بالله من ذلك...

Oklah spt biasa, mee goreng malam tadi.


shawarma malam tadi suami buat seusai saya pulang dari kelas...sedap yg amat..


Ini makan tenghari smlm, kurma ayam. xberapa pandai bat kurma ayam sbb dulu xberapa suka skrg je dh stat suka...


Hari ni kami berpuasa inshaAllah. Moga Allah ampunkan segala dosa kita yang lalu dan akan datang.



No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Servis expander

Servis expander utk 30000km. Harga lebih dari est cost. Patut orang cakap harga makin naik. Kos servis kali ni RM489.