Thursday 9 April 2015

Semakin dewasa semakin perlu memilih kawan

Naluri hati kita sebagai manusia tak pernah menipu.

Saya ada sebuah naluri yg akan memandu sy dengan siapa saya patut berkawan dan percaya dengannya, dan dengan siapa saya sekadar berteman untuk bicara dan tidak lebih dari itu. Rasanya sume orang memiliki naluri ini samada sedar atau tidak sedar shj.

Selalunya saya abaikan naluri ini pada awalnya kerana takut akan membuahkan tingkah laku berat sebelah dari sisi saya serta buruk sangka pada orang. 

Tapi rupanya naluri awal itu tidak selalunya salah. Berulang kali mencari sisi kebaikan yg ada pada mereka, apabila telah wujudnya hubungan mesra tapi akhirnya kerap kali akan berakhir dgn noktah perbezaan yg merenggangkan. Waktu tulah hati akan berdetik, patutlah saya tak gemar dengannya pada awal pertemuan dulu. Walau xpernah kenal tapi hati sudah tidak berkenan. Bila sudah berkawan, rupanya tidak boleh diboleh dijadikan rakan melainkan sbgai kenalan biasa sahaja.

Siapa kawan yg kita percaya? Umumnya semua orang akan menjadikan orang yg setia sebagai rakan karibnya. Setia menjaga kemaslahatan rakannya. Mempertahankan keburukan rakannya atas alasan membantu menutup aib rakannya. Tidak semestinya selalu berbahagia pada kejayaan yg diperolehi rakannya tapi cukuplah dgn tidak merendah2kan kejayaannya. Diam itu lebih baik bila tidak mampu memuji.

Susah utk punya dua rakan karib. Jadi pilih sahajalah satu yg paling setia di sebalik kekurangan yg dia ada kerana kita juga pasti ada beribu kelemahan yg dia juga mungkin xsuka.


No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Kenaikan pangkat..rezeki dari Allah

Alhamdulillah..ambil surat kenaikan pangkat di pejabat pendaftar dengan Syikin..rezeki kami sama2.. alhamdulillah