Friday 24 July 2015

Beraya di Mu'tah

Mu'tah sebuah mantiqoh yg sgt popular di kalangan pelajar Msia kerana di situlah terletaknya jamiah Mu'tah yg menjadi tumpuan tempat belajar penuntut msia sejak dari zaman berzaman lagi. Dulu selalu dengar nama jamiah Mu'tah, semalam baru dpt melihat sendiri pintu pagarnya di depan mata. Tp xmasuk pun dlm jamiah sbb cuaca panas rs malas mau turun dr kereta.


Kami pegi sebuah kereta dgn amni & midah. Kebetulan smlm sepupu midah bt open house bsama shbt2nya jd turun mu'tah dgn tujuan utama iaitu makan, hihi. Sebelum tu singgah di rumah hadi harun juga beraya di umahnya seawal jam 9.10 pagi. Tuan umah sediakan nasi bukhari  & pemanis mulut yg sedap...



Beraya di umah sepupu midah pula ateh...


Makan nasi tomato yg sgt sedap.


Singgah beraya di umah nasiruddin. Chef nasi tomato yg mendapat tender memasak dr pejabat kedutaan msia di sini. Nasi tomato & sambal ayam dia mmg sedapp! Masih belajar lagi tp hebat boleh berniaga macam2 jenis makanan. Siap jual laksa penang & roti canai lagi bersama rakan2nya...


Balik amman singgah pula open house pelajar ijazah di sweileh..makan nasi putih & ayam masak lemak kuning...uih sedapnye..


Dari jam 7 pagi kami keluar sehingga jam 8.15 malam baru sampai di umah. Empat buah umah kami pergi beraya. Perjalanan ke mu'tah pula mengambil masa 1jam45minit. Seronok alhamdulillah, terima kasih amni & midah sudi menjemput kami ke umah sepupu & kenalannya. Dpt juga kami melihat bumi mu'tah medan peperangan sahabat2 nabi dahulu.

Apa yg boleh sy citerkan ttg mu'tah ialah ia sebuah pekan yg dhaif. Pada musim panas penuh debu & sampah berterbangan. Kedai2 yg dhoif, kenderaan dgn cermin tingkap yg pecah masih digunapakai. Orangnya juga kelihatan lebih bersifat kekampungan dr di amman. Teksi hampir tiada kecuali coaster. Kos hidup yg jauh lebih rendah dr di Amman. Tabah pelajar msia yg duduk di sini. Datang belajar jauh dr msia yg dah serba selesa, sampai di Jordan menetap di sebuah daerah yg gersang. Menyewa bertahun2 di rumah yg biasanya disewa oleh buruh binaan mesir.

Ye, kebanyakan pelajar msia memilih utk menyewa rumah kos rendah yg kdg2 sangatlah dhaif keadaannya. Kejatuhan duit RM banyak mempengaruhi corak belanja kami semua. Ditambah pula ada yg hanya hidup di sini berbekalkan wang zakat tanpa sbrg biasisswa. Hidup sekadar memenuhi keperluan harian yg biasa & belajar hingga tamat. Xde peluang utk bermewah.

Rumah sewa tidak secantik rumah pelajar2 di UK maupun US, Australia, Jepun dll. Hatta rumah yg sy sewa bersama suami di Amman pun jauh lebih dhoif dr umah kami sendiri di Msia. Tiada katil hanya tilam, tiada sofa, tiada almari baju, langsir yg buruk, karpet yg nipis, peralatan meja & kerusi dr plastik shj. Mahu membeli itu ini rs tidak berbaloi dgn harga yg mahal serta kehidupan di sini yg hanya sementara. Cukup beberapa tahun akan pulang meninggalkan bumi ini.

Di jordan pembinaan bangunan umah tidak memerlukan CF spt di msia. Rumah2 yg dibina tidak diselia keselamatannya. Jadi tidak hairan klu ada umah flat bertingkat2 tapi tangganya tidak punya penghadang besi. Xdpt bayangkan kalau ada anak kecil yg jatuh. Sistem elektrik & air kdg2 berkongsi beberapa umah. Mungkin sbb gaya hidup arab kebiasaanya dlm sebuah flat yg punya beberapa buah umah didiami ahli keluarga shj. Cuma skrg bila pelajar2 asing masuk mereka sewakan kpd org luar. Air tangki pula bercatu. Kehabisan air adalah perkara biasa bagi seluruh pelajar msia xkira di mana mantiqoh pun. Dari Amman, Irbid, Mu'tah, Mafraq bercerita perkara yg sama. 

Pendek kata, kami semua pelajar msia sempat merasa hidup seperti setinggan di sini. Klu dulu hidup di umah mak ayah yg serba cukup tapi di sini adik2 kita hidup di umah yg serba dhoif dgn tingkap tercabut,pintu terkopak.  Kalau mak ayah masing2 tengok keadaan umah anak2 mereka di sini pasti ada yg akan menangis. Tapi mereka tabah, memilih belajar di sini maka perlu bersedia dgn mehnah di sini. Itu sume bukan alasan utk tidak berjaya. Ia mengajar kita utk rasa qonaah, cukup dgn apa yg ada. Mohon Allah gandakan pahala atas kesabaran & ganjari kita dgn anugerah yg tidak ternilai harganya.

2 comments:

  1. knp amni nampak kurus ni..haha

    ReplyDelete
  2. itu ilusi baju jalur vertical mmg mudah nampak kurus...kihkoh

    ReplyDelete

شكرا على تعليقاتك

Iftar Ramadhan..

Ada masak, ada beli..banyak masak dan beli yang ringan-ringan..