Thursday 11 November 2021

Siap baiki rumah

Bermula 28 Oktober mula kerja dengan konkrit di luar. Kemudian datang on off. Dan 5 kali datang maka siaplah semua bahagian yang hendak dimakeover. Alhamdulillah. Gambar nnt lepas kemas sy tunjuk

Ini bahagian yang awalnya ragu2 nak pecahkan tapi akhirnya memandangkan rs rugi tak amik peluang ni alang2 rumah dah berdebu dan kotor jadi kami decide utk pecah tembok di tengah2 rumah ini. Kos pecah dinding ni sekali plaster tepi RM500... 


Operasi kemas dapur dari pagi... 


Kos semua sekali RM7800. Tak termasuk 2 sink yang kami beli sendiri dan peralatan kecil lain. Sink kecil RM80 (Bonjui) , sink nano black RM329 (Shopee). Peralatan tandas pun lebih kurang RM150 semua sekali. 


Dapur kedua/basah kami. Tambah sikit table top dan back backsplash.

Ada lagi bahagian lain belum siap kemas lagi. Buat sikit2. 

Hari ni tukang batu gajah pulak datang untuk cuci tapak dan pasang tapak gajah hari berikutnya. Kos tapak gajah RM2010 untuk 1800 keping. RM1.10 sekeping. Kos upah pasang lain pula harganya dalam seribu. Nanti tengok hasilnya macam mana.

Update: Tanah 1 lori kecil (RM130)

Rasanya untuk semua reno dan batu gajah lebih kurang RM13K sudah dibelanjakan. Nanti untuk awning pula mungkin hujung bulan ni.








2 comments:

  1. lawa dapur gas tu. Sekali dengan oven ke tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Firdaus, sekali dengan oven ni. Tapi guna sekali sekali je pvennya..huhu

      Delete

شكرا على تعليقاتك

Paya Bunga Hotel 2024

Sempena meraikan kejayaan Lubna memperolehi UPKK 5A 3B dan paling utama nak siapkan buku dengan mood baru, kami suami isteri tempah hotel se...