Saturday 4 June 2022

Johor Bharu...Legoland misi utama...

Percutian keluarga. Book dan bayar semua bulan April. Penginapan dan tiket legoland dalam RM700++. Saya hanya bayar yang mastermind dan menempah ialah adik perempuan dan kakak. Tak sempat nak fikir memandangkan sibuk dengan urusan kerja asalkan jangan mahal sangat. Adik ada kawan di legoland jadi dapat staf rate.

Untuk tiket sehari legoland bagi saya sekeluarga berlima dalam RM275 selepas diskaun. Adik kata murah banyak berbanding harga asal.

Bermalam dua malam di homestay Rahmat berdekatan rumah baru adik lelaki yang sekarang bekerja dan menetap di Johor bersama keluarga kecilnya. Malam esok akan menginap di Bayu Balau Resort satu malam. Dan pulang ke Terengganu yang mengambil tempoh 7 jam. 😭😅. 

Gambar di legoland dan makan malam di restoran terapung pendang.. 






RM375 untuk 20 orang makan. 3 ekor siakap masak tiga rasa, sotong celup tepung 3 pinggan, tomyam 4 mangkuk, telur dadar 5 biji, nasi 18 set, air sirap dan sejuk. 

Legoland yang memenatkan lagi2 hari cuti sekolah dan hujung minggu. Janganlah pergi sebab ramai sangat orang. Serik rasa sebab kena beratur lama dan mengadap cuaca panas. Kali ni terpaksa pergi sebab adik yang booking mungkin dia xperasan time cuti sekolah panjang. Hua2. Saya pulak memang tak tengok kalendar. Huhu. 


No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Paya Bunga Hotel 2024

Sempena meraikan kejayaan Lubna memperolehi UPKK 5A 3B dan paling utama nak siapkan buku dengan mood baru, kami suami isteri tempah hotel se...