Friday 10 June 2022

Masak hujung minggu..

Pagi tadi ke pasar dengan suami. Anak2 masih tidur. Beli ikan haruan tasik (sekilo RM10) dan ayam serta sayur. Sampai rumah suami basuh ayam ikan dan saya masak lauk. Menu kampung...


Kari ikan haruan tasik, ayam goreng kunyit dan lemak kuning labu dan pucuk ubi. Hidang periuk terus ummi walid bukan rajin membasuh pinggan... 

Beli pokok di nurseri. Lama dah nak beli nak hias depan rumah asyik tergendala. 2 pasu pokok fig RM160. Bulan depan cari pasu viral pula... 


Beli biskut raya swiss coklat dan swiss strawberry. Ya Allah sedap sungguh yang coklat.. 


Beli dua balang yang coklat (RM64) dan satu strawberry (RM30). 

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Paya Bunga Hotel 2024

Sempena meraikan kejayaan Lubna memperolehi UPKK 5A 3B dan paling utama nak siapkan buku dengan mood baru, kami suami isteri tempah hotel se...