Thursday, 17 April 2014

Liat minta tolong orang..

Saya ada satu sikap yg mgkn boleh dikatakan sbb ego tp xtahulah ye ke tidak puncanya sbb ego. Saya xsuka minta pertolongan org, atas alasan xsuka nyusahkan orang. Sy lebih rela susah sndiri daripada susah hati sbb tlh bt org rasa susah.

Tapi sbnrnya bila sy renung2 kembali, sy bukannya xsuka minta ptolongan org tp sbnrnya sy xminta prtolongan dgn 2 jenis orang:

1) Yang suka minta dibalas jasanya dgn budi yg lebih besar & mcanang2 budinya. Kdg2 minta dibalas  dgn cara terang2an & kdg2 scara halus. 
2) Yang offer pertolongan pd kita TAPI kn ikut syarat, peraturannya & sikapnya sekiranya kita perlukan khidmat ptolongannya. Teruk betul org mcm ni dia yg offer lps tu kn ikut kondisi dia plk. Klu ada apa2 mslh sbb bantu kita, dia akn merungut. 

Xsuka minta tolong dgn orang spt di atas. Dr mjadi kawan terus renggang. Jadi sbb dua tu lah sy xsuka bergantung harap pd orang lain. Org kata cb hidup berdikari. Automatik sy akn jd kuat. Wlupun sbnrnya perlukan bantuan tp xpelah, sy masih boleh hidup wlu tanpa bantuan dr org spt di atas.

Dan sy akn berusaha mencari bantuan dari org yg saya rasa murtahah dengannya. Mksdnya dgn org yg sy rasa senang hati dgn dia & sy tau dia pun akn sng hati bantu wlupun mgkn dia rs sedikit susah. Allah kurniakan kita mata hati (aqal) utk mbezakan baik & buruk. Masing2 akn ada satu naluri fitrah yg mendorong kita utk cenderung kpd mn2 orang. 

3 Situasi: 

1) Klu sy kerap minta tolong tu maknanya sy sukakan kamu & percaya pd kamu & sy xkisah utk bantu kamu juga spenuh hati sy!

2) Tp klu sy jarang minta tolong @ skdr minta bantuan kecil maknanya sy berhati2 dgn pertolongan kamu sbb takut kamu nk dibalas dgn budi yg lebih besar. 

3) Dan klu sy xpernah minta tolong dgn kamu maknanya sy xpercayakan kamu & xsuka dgn kondisi 2 di atas dari kamu. Saya kenal kamu.

Spnjg menulis kt atas ni, bersilih ganti wajah yg muncul mewakili 3 situasi tu. Agaknya sy pulak di situasi mn ketika org meminta tlg dgn sy pula? 

Seharian berjalan:..

Pagi tadi jam 7.30 pagi kami keluar ke zarqa' dgn keluarga kawan di sini. Saje nk tgk baju bundle utk musim saifiy. Penat nk citer, tunjuk gambar dulu...

Jubah abaya bundle..sehelai lebih kurang RM50..



Petang tu kami keluar utk berbekam pula... Suami je yg bekam sy xberani...


Lepas bekam, mkn aiskrim kt kedai sblh di jabal hussein...


Pegi mkn nasi arab di mat'am hadramaut...


Sedap tapi xde yg istimewa sgt...mahal pun ye, presentation x berapa mengujakan..nasi beriani kambing, nasi mandy kambing, nasi madghut ayam...makan 6 orang...


K.kyn & suami...


Balik umah, sy rs mcm xpuas & xkenyang mkn nasi arab tadi..pas maghrib buat nasi arab campak2..


Puas hati dpt spinggan penuh utk 1.5 cawan nasi..mkn dgn lubna..suami dh kenyang. Sy yg xkenyang, agaknya sy alami sindrom xpuas mkn kt luar kot, klu ade yg xbkenan wkt mkn kt luar tu, balik umah sy akn masak smula & mkn puas2...pastu puji mskn sendiri, " Awa buat lagi sedap dr kedai tu, murah lg, bla3..." Kih3.



Wednesday, 16 April 2014

البحث النظري لمساق القضايا في المناهج والتدريس..

اليوم أكملت أكثر من نصف البحث يتعلق بالتفكير والمنهج..موضوع كثير روعة التفكير الناقد والتفكير الإبداعي في المنهج التربوي. كان الدكتور قائم بالقرعة لتحديد موضوعات للطلاب في الفصل، أمر مضحك بالنسبة لي هيهي....

أصلا الطلاب الذين اقترحوا بالقرعة واتفق كلنا في الفصل ولكن المضحك بعد أن يحصل كل طالب وطالبة على موضوعه لم يقتنع بعض الطلبة بذلك الموضوع...هممم 

لما شفت موضوع بحثي بدأت أن أحبه...



لازم أنهيه قبل يوم الثلاثاء القادمة عشان الدكتور يود جمعه في المحاضرة المقبلة...ثم يعرض كل واحد موضوعه أمام الفصل لعشر دقائق، واجبة عادية لطلاب الدكتوراة هنا...بالتوفيق والنجاح يا دكتورة سلوى! أول مرة ناديت لقب الدكتورة لنفسي...إن شاء الله قرييبا

Keinginan membaca Lubna lebih besar dari Ummi...

Lubna suka bermain dgn buku2 saya. Ada yg dh terkoyak dan kemek jadi mainan lubna. Kadang2 tgh sy tgk tv @ main internet, lubna tarik buku2 sy atas meja dan buat aksi membaca. Terasa mcm disindir lubna sbb ummi jarang baca kcuali bila nk bt bahas @ ada exam shj. 

Gambar ni sy tgh layari internet, pusing sblh tgk lubna dh keluarkan buku dari beg saya....


Sy belum ada kesungguhan yg jitu utk mengajar lubna mngenal huruf. Sekadar mengajar di bibir shj. Hmmm...malas sungguh ummi. Masak dan makan je rajin. Sian lubna.

Suami belum balik lagi dari bandar. Dia keluar dgn kawan di sini utk berbekam. Sy call suami dlm jam 11 pagi lepas selesai masak, tanya kot2 dia sempat makan dgn kami. Tapi suami kata baru je nk pg berbekam memandangkan sblm tu kawan pegi uruskan road tax kereta dulu. Jadi tghari ni sy makan dgn lubna shj. Sunyi je makan xde adegan xberebut dgn suami...Saya tinggalkan separuh lauk-pauk dan nasi tuk suami. Tu pun lubna nak lagi nasi tapi sy xkasi, yg itu walid punya, lubna punya yang ini, kata saya pada lubna sambil tunjuk nasinya dalam pinggan...


Hidang tom yam dlm periuk jelah, suami pun xde. Sy buat sambal sardin sikit...


Sambal sardin ni kami proses sendiri. Masak dlm pressure cooker slma 1 jam. Tulang sume jadi lembut dan isi pun sbiji mcm dlm tin tu. Best sgt. Nak resepi dan cara buat boleh tgk pada post sy yg lepas. Taip homemade sardine pada kotak search di sebelah kanan atas blog ni.

Tuesday, 15 April 2014

Menu tengahari : tom yam campur, ayam goreng tepung...

Makan tengahari ni mmg betul2 sedap. Dh lama xmkn tom yam...jd sy bt tomyam campur. Ayam, daging & udang...




Lepas makan, sy ngn suami sambung susun atur perabot dlm bilik tidur, mrngkp bilik bljr, bilik mkn, bilik tv kami...lubna pun tolong, tolong menyibukkan diri...


Nnt bila dah bersih sikit bilik, susun cantik2 lg baru mik gambar lagi. Sy suka alih & susun perabot sb sy dpt mood & suasana yg baru. Rs lebih bsmngt utk bkerja & belajar.

Malam ni kami bt snow cheese cake lagi. Tujuan utama nk bg pada jiran basma...gitu gini jam 9 mlm baru siap...




Resepi tom yam saya:

Bahan A 
Isi Ayam 
Isi daging
Sotong

Tom yam paste (jenama pantai) - mmg sedap dr Thailand ada dijual di sini
Lengkuas 2 inci- tumbuk kasar
Daun limau purut 3
Serai 2- ketuk
Bwg besar merah 1bj- belah empat
Bwg putih 3 ulas- ketuk
Air secukupnya

Bahan B
Tomato
Kobis
Bunga kobis

Rebus bahan A hingga empuk & buh bahan B. Buh garam. Tunggu smpi mdidih.

Resepi Snow Cheese Cake (Cara saya):

Untuk sebijik kek yg agak kecil

Bahan A
125g cream cheese
25g butter
50ml susu segar
3 biji kuning telur
1 sd bsr jus lemon
sedikit garam
30g tepung kek
10g tepung jagung

Bahan B
70g gula 
3  biji telur putih
3/4 sd bsr jus lemon

Cara-cara:
-Cairkan cream cheese, butter, susu segar dgn teknik DOUBLE BOILER. Bila dah cair sejukkan dan ketepikan.
-Campur tepung, tepung jagung, kuning telur, garamdan jus lemon ke dalam adunan cream cheese tadi dan gaul sebati.
-Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih. Tambah gula dan pukul lagi hingga bertanduk. Buh jus lemon.
- Campurkan adunan bahan A dan B. Bakar menggunakan microwave selama 7 minit. (80). / Oven pd suhu 160 drjh cel mgunakan tekbin waterbath.

Resepi topping:

Cream cheese 123g
Susu pekat manis 4 sudu besar
Whipping cream 70ml
Susu cair 2 sudu besar

cara: putar adunan di atas dimulain dgn cream cheese dan seterusnya bahan2 lain sehingga kembang gebu.





Kenangan 7 bulan lepas, selamat tinggal semua...

Belum pernah tulis tentang kisah perjalanan kami sebelum ke Jordan. Tadi lepas menaip sikit bahas sempat jenguk2 gambar2 lama dalam laptop. Rasa sebak tengok gambar kenangan ahli keluarga, sanak saudara dan beberapa rakan yg telah menghantar kami di airport Terengganu dan KLIA. Tambah sebak tengok kek spesel dari adik siti balqis dan kakak siti hajar. isk3.

Mari tengok gambar2 yang ada dari mula perjalanan kami dr K.Terengganu - KL dan esoknya dari KLIA - Amman, Jordan.

Di airport Kuala Terengganu sehari sebelum bertolak ke Jordan. Mak ayah dan adik2 naik kenderaan ke KL pada esoknya...k.shu dan uszth esmat rakan dari Jabatan Bahasa Arab..


Kawan suami dan anakya, Hirfarisyam...



Saya dan K.ti rakan sejabatan Bahasa Arab...


Sampai di Shah Alam, kami memunggah semula beg untuk mengemaskini barang2 baru...wrapping dgn plastik utk elak rosak dan calar...


Sedang beratur utk check in diri dan baggage...flight economy Emirates jam 1.20 pagi...Barang utk kargo kami dah lebih muatan. Sepatutnya 70kg shj. Tapi kami punya dalam 75kg. Minta jasa baik pramugari utk lepaskan tanpa caj. Alhamdulillah, wlpun nmpak dia keberatan dan buat muka, lepas juga barang2 kami ni...Hmm, nama je flight emirates tp layanannya stat dari kaunter dan dalam flight x segah nama dan warna merahnya...Teringat flight dr Dubai ke Amman minta beberapa kali bassinet utk Lubna tp xsampai2...mujur 3 jam saje ke Amman...


Bergambar kenangan bersama keluarga dari belah saya dan belah suami...


Keluarga mak cik belah suami, cikcu dan pak su lan..


Saya memotong kek..waktu ni dah stat rasa sebak tp xmau melayan perasaan...


Kek ni buat saya rasa sebak sekarang...Ya Allah aku ingin berjaya...

 
 












Lubna dan nenek mimi, mak cik suami...Sy dan suami tgh kelam kabut cek tiket dan segala dokumen...Dalam masa beberpa minit kami akan melambai selamat tinggal utk ke menunggu di balai berlepas...


Hujung sana ahli keluarga belah suami kakak turut hadir menghantar kami di airport..terharu... 











Selamat dalam kapal terbang, bassinet utk lubna yg baru 9 bulan waktu ni...











Makan malam...




Kami ketika transit di Dubai selama 2 jam stgh..anak sedara Khadeeja ikut kami selama 3 bulan di sini. Bulan Januari lepas dia dah balik ke Malaysia..Rindu pulak ke dia..



Alhamdulillah, sekarang sdh 7 bulan berada di bumi Jordan. Impian yg telah tercapai dan masih perlu lagi mencapai impian2 yg lain.

Doakan kejayaan saya di sini. Saya ingin berjaya!

Monday, 14 April 2014

Anak kawan tumpang di rumah...

Petang smlm anak kawan di sini tumpang duk sebentar di rumah kami. K.kyn namanya. Sebabnya k.kyn nk study utk imtihan kafa'ah dia yg dijadual tengahari ni. Kt k.kyn anak2 dia balik dr sekolah kejap2 panggil dia ngadu itu ini, ketuk2 pintu bilik dia study, xdpt nk fokus mbaca betul2. Kelakar plk dgr. Last2 k.kyn bg cdgn utk diorg dtg sini main2 dgn lubna.


Sampai2 je terus tgk tv cartoon network. Lubna plk malu2 nk kawan. Duk jauh sebatu. 


Gambar kami mkn mee goreng ramai2 hilang dr ipad. Sy xtau ape dh jd dgn ipad sy ni. Dh 2 kali berlaku gmbr2 yg diambil xterakam. Frust raser. 

23/4/2014: baru jumpa gmbr mkn mee sama2 dlm ipad..pelik ipad ni..


Beli baju Lubna di carrefour Tabarbour

Pagi tadi kami keluar lagi utk ke carrefour yg bdekatan dgn umah sewa. Tp kami pilih naik teksi mmandangkan bw lubna & perut pun kosong. Bercadang makan di luar. Suhu di luar sekitar 28 darjah celcius.xpanas xsejuk. Matahari terik memancar, tapi angin sejuk menyapa sekali-sekala.

Dlm 2km je jarak ke Carrefour baru ni. Berdekatan dgn lampu isyarat tempat sya selalu turun dari teksi kalau pemandunya xmau masuk ke dalam bandar Tabarbour. 

Kami berenti sblm smpi carrefour sbb bercadang nk mkn di restran arab berdekatan. Mat'am Al-Jamal klu x silap namanya. Ada nasi kabsa, mandy, beriyani & ouzi.

Menunggu utk order...


Nasi kabsa ayam separuh utk saya & nasi mandy ayam suku utk suami. Ayam separuh tu bukan sy makan sorang tp skli dgn suami. xabis mkn sorang. JOD 5.50 sume skali. Murah! Banyak pulak tu.


Hmm, cuma kabsa kurang sedap rasanya. Pelik nape kabsa makin popular kt msia. Sedagng kabsa yg kami makan kt sini mmg xsesedap nasi lain. Tengok nasi mandy suami, lain warnanya. Mcm sy pernah sebut, lain restoran lain rempah nasi masing2 wlupun nama masing2 sama, nasi mandy.



Balik dr carrefour, singgah beli ayam goreng ala KFC kat popeye...


Musim bunga menghala ke musim panas, kebanyakan warga Jordan mula mengenakan baju yg nipis spt tshirt tuk lelaki dan blouse serta skirt kembang tuk perempuan. Dah kurang nampak jubahnya. Jenguk jubah2 di kedai2 baju pun dah xde.

Di Carrefour (yg sbnrnya bukan betul2 carrefour sbb belum bukak spenuhnya-kedai lain yg duk menumpang namanya), saya beli beberpa helai baju gown tuk lubna. Beli sekali utk raya di Malaysia nanti. Boleh tahan harganya & cantik2! 

Smpt grab bbrapa brg tuk dibawa balik ke msia nnt. Skrg fasa tuk beli belah utk org di msia. Buah tangan tuk keluarga & rakan2.


Sunday, 13 April 2014

Suka buat sikit-sikit & berterusan...

Saya dah perasan sejak dari ijazah lagi sy xsuka belajar scara 'study hard'. Saya lebih suka baca setiap hari 1 perenggan bermula pd awal semester. Saya lebih suka cara ini daripada belajar utk 3-4 hari 24 jam straight sampai xtidur malam @ bljr setiap hari sampai 4-5 jam tanpa henti. Duduk tercongok depan meja mengadap  buku berjam2. Memang bukan saya.

Saya xsuka stress wkt belajar. Sy sukakan suasana yg santai. Bila sampai hari revision day sblm exam tu, baru sy gabung & baca scara keseluruhan. Setakat ni teknik ni bnyk membantu saya mendapatkan CGPA kelas pertama setiap sem ketika ijazah dan master. Tulis sikit pointer tu klu x org xpercaya keberkesanan teknik sy ni. keh3. Tapi utk orang lain sy xpasti. Lain org lain cara belajar. 

BACA & FAHAM DLM BAHASA DIPELAJARI
Untuk pelajar yg belajar ssuatu subjek dalam bahasa asing, seeloknya buat revision dalam bahasa asing tu juga. Jangan terjemah semuanya. Cuba fahamkan dlm bahasa asing itu kcuali mmg xfaham langsung kn terjemah jg. Memang lebih mudah untuk faham sekiranya diterjemah kpd bahasa ibunda tapi kita akan alami kesukaran teramat waktu menjawab exam bertulis @ lisan. Kita ada idea tp xtahu bgaimana nk sampaikan dgn mgunakan bahasa asing! Masalah tu. Sy dh prnh cuba utk beberapa subjek & sy mnyesal krn tidak cuba utk memahami maklumat2 dlm bahasa yg sy pelajari. Kesannya sy mngambil masa yg lama utk mbina ayat ketika exam & jawapan2 sy berterabur serta tidak berhubungkait. Melompat sana sini.

Ada bnyk kelebihan bila kita memahami subjek dgn bahasa asing yg yg kita plajari spt b.inggeris @ arab. Antaranya, kita belajar uslub ayat yg betul, kosa kata bertambah, mudah mjawab ketika exam.

STUDY X HARD
Ok, berbalik pada study x hard sy tu, bila sy peruntukkan cthnya utk mbaca dalam masa 10 minit je, maka jangka masa 10 minit tu sy akn betul2 fokus. Atau kdg2 sy peruntukkan utk mbaca 1 muka surat shj. Apa pun tjadi mesti habis jgk 1 muka surat time tu jugak.

Maka, sy jd xsuka kalau ada gangguan ketika timing 'jadual' x hard sy tu sdg sy laksanakan. Klu boleh jgn cakap @ suh sy buat ape2 time tu. Klu tidak mmg sy akan marah terang2 @ marah dlm hati.

Mcm mn nk tau timing xhard saya tu? Bila nmpk sy senyap & fokus pd keja @ buku maknanya sy tgh fokus pd 'timing' yg sy dh tentukan. Sbbnya bila sy bcakap dgn org sy akn bg spenuh perhatian. Sy akn lihat wajah org yg bcakap. Jadi klu wkt bckp dgn sy & sy xpandang muka rakan bcakap maknanya sy tgh bg hint yg sy tgh berada dlm zon 'jadual kerja' xhard sy. Minta tunggu skjp & senyap smpi sy tgk wajah anda smula. Hik3.  Lagipun, sy xkan duduk bjam2 ngadap buku @ kerja jadi klu boleh mahu fokus tanpa gangguan.

PENGALAMAN TERAKHIR STUDY HARD
Ketika di semester 3 @ 4 ijazah saya terikut2 dgn rentak rakan sebilik utk study spnjg malam shingga subuh dgn lansung xtidur mlm utk jgka masa 2-3 hari! Sedangkan esoknya jam 9 pagi kami akn mnduduki final exam utk subjek aqidah.

Dan apa yg blaku pada sy ketika exam? Demi Allah, kepala sy kosong ketika mlihat kertas soalan dlm dewan exam. Kepala sy berdenyut2 sakit akibat tidak cukup rehat & tidak tidur malam. Dalam dewan sy bermujahadah seorang diri melawan sakit kepala krn mengantuk yg sangat2, mata yg kabur akibat keletihan & bhumpas pulas cuba mengingati kembali apa yg tlh sy baca. Allah Maha Besar, sy langsung xingat apa y sy dh bc spnjg 3 hari xtidur malam.

Sy ambil keputusan utk tulis apa shj yg terlintas dlm kepala ketika itu. Semua bahan2 yg sy prnh baca dr subjek2 lain sy tulis. Yg penting sy xboleh biarkn kosong. Dalam hati sy menangis & memarahi diri sendiri krn terpengaruh dgn cara belajar yg langsung tidak efisen, bjaga spnjg malam wlupun utk membaca adalah satu perbuatan yg menyalahi tabiat fitrah manusia. Bukankah Allah menjadikan malam sbgi hamparan utk manusia berehat. 

Dalam dewan itulah sy berazam utk study subjek sterusnya mengikut cara asal sy. Sy berazam xmau peduli apa kawan saya sudah baca, sy xmahu ambil tahu berapa banyak yg mereka dh baca @ sehingga jam berapa mereka tidur krn study. Sy menyesal. Hanya berdoa biarlah lulus subjek ini, sy xmahu gagal. Result exam kertas aqidah islamiyyah ini (dlm b.arab) tlh mjatuhkan sdikit pointer sy ttp masih di atas 3.60. C+ utk subjek ini. Triple DDD utk motivasi sy ketika itu.

Lepas dr peristiwa ni, sy study ikut suka saya smula. Kawan2 study, sy tgk citer korea. Sy study, kawan2 masih study, sy tidur kawan2 masih study. Kwn2 bangun awal pagi sambung study, sy bangun kul 8 pagi utk bsiap masuk dewan exam saje, sy xmau tengok buku. Kwn2 baca spnjg jln kaki ke dewan exam, sy dgr saje kdg2 bt xtahu. Pening sy nk mbaca sambil bjalan. Lgpun bukan masuk pun dlm kpala baca stress mcm tu. Dlm hati saya, sy dh baca & bertawakkal sj pada Allah.

Kawan2 sy prnh tanya, mcm mn sy boleh dpt pointer yg baik, bila masa sy membaca? Sy jawab saya bacalah, tapi baca tiap hari 1 muka surat utk sume subjek. Tp xde orang pun nk pcaya, keh3. 

STUDY PHD
Itu sume kisah study xhard sy ketika ijazah & master. Xtahulah apa nasib sy utk PHD ni. Memandangkan sy xbaca setiap hari hatta satu perenggan. Dan tajuk PHD yg berubah2. Sy sedikit risau, tp xpe itu normal. Sy xmau amik kisah pandangan orang ttg cara sy study di sini. Sb dh nama org, suka amik peduli psl orang. Terima kasih atas kepedulian. Kui3.

Wlupun ada yg sahabat2 di sini mengatakan uni saya bljr skrg WISE uni xsehebat uni2 lain di Jordan. Ada yg kata sy pilih universiti yg salah. Ada yg kata bidang tarbiyyah paling terbaik di uni dia. Ada yg cuba menunjukkan kepandaian masing2 dlm bidang & ilmu masing2, kepandaian dlm berbahasa Arab, sy xkisah. Ada yg suka menegur kesilapan disiplin ilmu org lain dlm keadaan dia sndiri mlakukan kesalahan yg sama tanpa sedar. Sy xmahu peduli. Saya tidak mahu ia mpengaruhi pemikiran sy. Sy prnh alami & hadapi org2 yg macam ni waktu ijazah & master dulu. Sekarang, sy mlalui fasa itu smula. Dan sy masih yakin, at the end of the day, sy masih akn mendapat yg terbaik tanpa perlu merendah2 & mburukkan org lain, dgn izin & rahmat Allah, InshaAllah.:)



Menu tengahari : nasi tomato, kari ikan

Jom masak utk org tersayang & makan sama2...perasaan yg sgt indah...




Hari ni bt style mcm nasi tomato tp msk kari ikan. Sgtlah sedap. Sedap lagi puji mskn sndiri. Sy mls nk tulis resepi. Tunggu bila rajin. 

Lepas asar, kami buat cheese cake pula. Guna resepi tihah kasi, japanese cheese cake. Tp xberapa jadi...akhirnya kami salut dgn cream & parut keju bt mcm snow cheese cake..


Yg ni kek vanilla biasa...


Buat lebih sebab nak bagi pd tuan rumah. Seberang jalan je rumah tuan umah. Kami xprnh bg apa2 kt tn umah, teruk betul. Kui2.

Jadi lps isyak suami pun pg hantar kek ni skali dgn duit letrik kami bulan 3 sbnyk JOD31. Pulang saje suami dr umah tuan umah yg skangkang kera tu, tgk suami bw smula duit JOD2 tu dgn sbungkus coklat kitkat. Malunyelah, kami bg kek yg xsberapa tu, tn umah plk bg km coklat kitkat yg sedap.. Duit JOD 2 pun dia xnk amik. Klu bulan lps JOD10 letrik dia pulangkan. Semoga Allah merberkati sgala budi tn rumah, ameen...


Lubna keluarkan kitkat & bjaya mngoyakkan salah satu dgn memakannya scara senyap di hdpn ummi. Mujur smpt nampak klu x mmg abis dia telan. Lubna lubna.

Saturday, 12 April 2014

Menu tengahari: nasi tomato, sambal ayam pedas

Menu hari ni tiba2 je nk bt nasi tomato. Kononnya nk cb masak nasi arab dkm pressure cooker hari ni, tp rasa xmau mkn nasi arab. Kebetulan suami sebut sambal ayam, jadi terus buat nasi tomato.

Xde timun. Jd sy kukus je sayur brokoli ganti acar...




Resepi nasi tomato:
 
Beras 2.5 cawan

Tumis hirisan bwg merah 1 bj, bwg putih 3 ulas, halia 1 cm, biji pelaga 3 bj, bungka cengkih 5 bj, kulit ky manis 1 btg, puri tomato 3 sudu bsr, serbuk kunyit 1 sd kecil, garam.

Buh beras & masak spt biasa. Tmbh air scukupnya.

Resepi sambal ayam:

Ayam 5 ketul sederhana
Goreng ayam terlebih dahulu dgn garam & kunyit.

Bwg merah 1 bj
Bwg putih 3 ulas
Halia 1cm
Cili kering 5 btg
** kisar halus bahan atas

Biji pelaga 3 bj
Kulit kayu manis 1 btg
Bunga cengkih 4 bj

Tomato puri 6 sd bsr
Gula melaka 
Garam
Whipping cream 1 sd besar
Kiub ayam suku kiub

Tumis semua bahan & akhir skali buh ayam & masak lagi shingga pecah minyak.