Tuesday, 27 February 2018

Tengah rajin...

Masih istiqomah memasak di rumah...


Rasa sakit perut dan badan. Uzur belum kunjung tiba. Mood pun berubah-ubah. Selagi tak uzur selagi tulah ting tong rasa badan.

Selasa depan FBK (siswazah) anjurkan bengkel metodologi penyelidikan satu hari. Masalah utama jumlah peserta below achievement. 😅

Kesimpulannya kalau nak buat bengkel perlu tengok dulu permintaan dan keperluan. Kalau semata tengok orang lain buat, kita pun nak buat baik tak payah. Sekarang dah terpaksa minta fakulti lain hantar pelajar masing-masing. Hmmm.

Lantikan penyelaras siswazah ni bermula dari bulan september tahun lepas lagi. Dengan tambahan elaun RM400 sebulan rasa sejuklah sikit hati. Kalau tidak rasa nak berang saja sebab dia kerja lain tak menjadi. Kelas tah ke mana, penyelidikan tah ke mana, penerbitan tah ke laut. Huahua.

Thursday, 22 February 2018

Nasi ayam oh nasi ayam....

Makan jumaat pagi...


Antara dua nasi ayam atau nasi minyak. Suami pilih nk makan nasi ayam.

Kalau ikutkan tekak nak makan dua dua. Tapi tak berapa rajin nak masak ayam masak merah. Jadilah nasi ayam rebus goreng siap.

 Menu beberapa hari ni lebih menyihatkan dengan sayur masak air hampir tiap hari. Kalau boleh nak elak beli makanan di luar sebab fobia keracunan makanan lagi.

Kecuali semalam ada bengkel penyeliaan siswazah terpaksa makan makanan yang disediakan. Tekak rasa kembang je. Lepas makan sayur kobis goreng kicap keluar angin sendawa tak berapa enak. Mungkin kobis tak dibasuh bersih. Serik. Lepas ni takyah amik sayur. Cincai aje diorang basuh dan potong. Yang sakit perut nanti diri sendiri yang makan.

Ini makan dua hari lepas. Sampai rumah terus ke dapur siapkan makan malam tapi makan pafa petang hari kuikui.

Lauk hari sebelumnya pula ayam bakar, lemak kangkung, kacang panjang tumis telur...
 

Harap dapat istiqimah bab makanan keluarga. Nak elak sangat makan makanan di luar. Makan tengahari di ofis saya akan usahakan bawa bekal sendiri inshaAllah.

Monday, 19 February 2018

Ubah menu makan keluarga

Suami ada sakit gout. Tadi dah jumpa doktor homeopati. Pantang makan rawatan utama pesakit gout.

Kena mula dah jadual menu pantang makan suami dan seisi keluarga. Saya pun kena makan cara sihat. Badan makin berbam-bam dah sekarang.

Menu hari ni bakar dan masak sayur air. Kena gigih memasak sendiri. Minggu lepas kena keracunan makanan rasa serik nak beli makanan di luar. Cukup-cukuplah. Rasa sekarang lebih rela makan nasi putih telur mata kicap dari beli di luar.

Wednesday, 7 February 2018

Bila diam tak bermaksud tak tahu apa-apa..

Bila jumpa orang yang bercakap tak berapa nak terang sekali dengan unsur nak temberang, biarkan aje. Nanti lama-lama pecahlah temberangnya. Tak yah cungkil-cungkil sampai masa samada orang tu tersasul sebut @ orang lain yang tersasul.

Hidup ini biar jelas, cakap pun biar ikhlas. Dari hati sampai ke hati. Takyah nak bertapis kalau di belakang pun cakapnya tak berlapik.

Bila jumpa orang camni saya iyakan aje cakapnya. Dalam hati berkata-kata, Allah ciptakan manusia ni cerdik,  bodohlah kalau percaya bulat-bulat.

Thursday, 1 February 2018

Rasa rindu.....

Tak tau kenapa..

Rasa rindu pada matahari di Jordan...

Rasa rindu pada ketenangan di sana...

Rasa sejuk. Rasa nyaman pagi...

Apa khabar Abu Muhammad...

Tuan rumah sewa kami...

Antara rasa yang paling sakit...

Adalah rindu pada sesuatu yang tiada...

Rindu pada kenangan lama...

Bila diimbau semula...

Mengamit sejuta rasa...

Pahit, manis, rindu...

Sunday, 28 January 2018

Baru dapat gaji tapi...

Gaji bulan januari baru saja masuk tapi bayar itu ini akhirnya baki tinggal suku dari gaji penuh. Pegi kl tengah bulan baru ni banyak belanja. Nafsu membeli kadang-kadang membuak-buak. Kena kawal semula duit keluar masuk.

Kadang-kadang rasa duit laju habis sebab tak berkat. Kerja yang dilakukan tak setimpal dengan gaji yang diterima. Astaghfirullah. Kena lebih gigih berkhidmat. Jangan banyak mengeluh dan memberi lasan. Nasihat untuk diri yang selalu alpa.

Fasol ni dah bermula rasminya hari ini. Kelas saya esok jam 11-1pm. Alhamdulillah untuk sementara ni beban jam tak sebanyak sem lepas. Tapi tak taulah nanti tengah fasol berubah pula jadual sebab ada beberapa pensyarah yang akan menyambung pelajaran.

Lubna dah masuk PASTI. Lega bila dia dah mula suka bersekolah. Sebulan RM25 sahaja sampai jam 12.30. Bulan depan nak masukkan ke kekas iqra' akan jadi RM50 sebulan yurannya. Murah sangat alhamdulillah.

Sunday, 7 January 2018

Januari 2018

Sekejap masa berlalu. Dah sanah 2018. Umur pula 34 tahun ni walau belum masuk bulan enam lagi. :'(

Fasol depan akan mengajar 1 madah saja dengan kontak jam 8 jam seminggu. Lega sekejap. Itu pun belum habis lega sebab ada beberapa tenaga pengajar yang akan sambung belajar dan bercuti. Harap tak perlu pikul masa mengajar tambahan. Tugas sebagai penyelaras siswazah pun semakin bertambah.

Lubna dah masuk Pasti alhamdulillah. Menangis meraung-raung tak nk kena tinggal. Masuk hari ni dah empat hari dia ke raudhoh. Macam biasa pagi-pagi ada dialog ummi tak nak gi sekolah sambil buat muka sedih. Ummi kena keras hati. Ummi doakan lubna seronok dan gembira di raudhoh.

Anak kedua dah genap sepuluh bulanm makin banyak keletah lucu. Belum pandai berjalan sendiri. Merangkak memang dah laju. Dah boleh berjalan nanti hai tak tahulah macam mana. Hari-hari main kejar-kejar agaknya.



Thursday, 14 December 2017

Macam-macam ada

Mungkin tulisan ini penutup blog saya untuk tahun ini. Aplikasi blogger pada anset baru ni tak berapa mesra blogging. Susah nak upload gambar.

Kelas minggu depan adalah kelas terakhir untuk minggu ke 15 pengajian. Alhamdulillah. Maweed imtihan nihaie adalah pada 5&6 januari. Tanda kertas dalam masa lima hari untuk 220 pelajar dan key in terus. Sempat ke tak entahlah. Yang pasti saya akan penat ketika itu. Susun dan tutup fail pengajaran. Persediaan pengajaran ntuk sem dua. Kerja-kerja siswazah. Urusan-urusan peribadi. Allah yuyaysir umiri ameen ya Rabb.

Alyan sekarang dah tumbuh dua batang gigi di atas dan dua batang di bawah. Sangat mesra rakyat mudah tersenyum membuatkan hati ummi walid cair. Pandai tepuk tangan. Suka berdiri dan melepaskan tangan. Kadang-kadang terlentang ke belakang. Pandai bermain dengan kakak lubna. Senang sikkt keja ummi walau kadang kakak lubna suka betul kacau alyan.


Atas tu popia kami beli di popis. Sekotam RM15 sedap juga inti pisang.

Bekal ke pejabat. Sebulan sempatlah bawa bekal yang dimasak dua tiga kali. Selebihnya beli huahua.

Tuesday, 28 November 2017

Aqiqah Alyan

Aqiqah Alyan 18 November yg lepas. Sempat sembelih saja. Tak larat nak jamu panggil ramai orang. Masak nasi arab bawak ke ofis, masak utk keluarga dan jiran shj setakat ni. Ada lebihan sikit nak masak nasi arab utk kawan suami pula dan bawa ke kelantan sikit.

Macam2 nak cerita tapi tak berkelapangan. Kita tengok gambar sahajalah


Seronok lubna sambut besday dia walaupun awal beberapa hari


Nasi mandy kegemaran walid

Susah jugak bila app tak sama fungsi bila beralih OS

Godek2 blogger mmg byk kekurangan pd platform android, tak macam ios lebih mirip cam laptop...
Testing gambar 1


Ok dpt masuk gambar pertama, nak test gambar kedua lak



Ok kita try publish dulu

Thursday, 23 November 2017

Majlis kesyukuran

Saya dan syikin merancang sebuah majlis kesyukuran di ofis fakulti. Alhamdulillah berjalan lancar.

Majlis ini sempena kesyukuran tamat belajar PhD kami alhamdulillah. Tak sangka cepat masa berlalu. Rasa baru aritu kami sau goodbye nak pergi sambung belajar. Sy ke Jordan. Syikin ke UKM.

Saya masak tiga ekor ayam. Masak nasi mandi. Letak dalam dulang dan wrap.

Milad lubna

Sambut hari lahir lubna di umah nenej dengan sepupu sepapat...

Dah 5 tahun anak umi walid.

Anak solehah amin.

Alyan pandai merangkak

23 november Alyan dah pandai merangkak. Selama sebulan ni asyik  mengesot. Makin hari makin laju.

Umur dah 8 bulan stgh. Minggu depan nak gi cucuk vaksin.

Kelas tinggal lagi empat minggu. Dalam nak abis kelas ni ada pulak masalah lain hmmm. Macam-macamlah bila dipiki sakit kepala.

Sunday, 24 September 2017

Rutin harian

Saya mula melapor diri bekerja secara rasmi selepas cuti bersalin pada 11 Jun yang lepas. Alhamdulillah.

Masuk kerja ketika semester pendek bermula memang jannah hehe. Kelas takde, yang ada meeting dan meeting untuk program bagi semester mendatang.

Tiga bulan juga student cuti menjadikan suasana sunyi dan damai di unisza. Student diploma pun tak ramai mana.

Buka sem satu pada 11 september baru ni maka rasminya kelas pun bermula. Fasol ni saya mengajar dua madah. Ilmu lughoh am dan khatabah wal munazaroh bagi pelajar ijazah b.arab sem 5 dan sem 3. Workload 14 jam seminggu dengan jumlah pelajar 224 orang.  Huhu.

Tambah lagi dengan tugas sebagai penyelaras siswazah fbk. Kena mula belajar setapa demi setapak nak bekerja dalam bidang pengurusan di samping kerja hakiki mengajar.

Penat tak? Penat sangat. Bertindan-tindan kerja. Tapi takpe salwa penatnya sekejap sj. Habis sem ni boleh menarik sikit nafas lega harapnya.

Friday, 22 September 2017

عيد ميلاد زوجي

Tadi dah taip abis hilang. Lubna punya kerja. Geram. Hilang mood nak menulis.
Sambut hari lahir suami di lolipop cafe dataran tembesu k.terengganu. Kali pertama mencuba. 5/10 huhu. Tapi bagi suami katanya oklah
Tunggu order...

RM39.90 sekali dengan empat gelas air asam boi. Suami kata ok sy bagi 6/10 kot...

Lagi beberapa tahun genap umur abang 40 tahun. Tua dah kan hihi. Beza umur kamu lima tahun. Sebab tu kadang2 saya panggil pakcik kat suami 😂

Umur saya plk dah 33 tahun tahun ni. Rasa sekejap je masa berlalu. Tadi borak dengan suami, umur 3 tahun saya xingat lagi apa2, umur 13 tahun saya di tingkatan dua, umur 23 tahun saya sedang ambil master, dan umur 33 tahun saya dah dapat PhD dengan dua orang anak hihi. Agaknya umur 43 tahun boleh dapat prof madya x?😅

Hari ni juga suami tanya bila nak update blog lagi tulis perkembangan anak2. Sian Alyan ummi tak sempat catat perkembangannya. Usia dah 6 bulan setengah.

Dah boleh meniarap, duduk (dengan bantuan), gelak ketawa berdekah-dekah, tak tahan geli kena geletek, bila makan makanan yang disukai macam gelojoh je xsabar2 haha, pandai main, tak takut orang setakat ni, berag badan dah 10kg fuh baru nak masuk 7 bulan.

Oklah penat menulis. Nanti sambung cerita bab kerjaya saya sekarang. Tugas sebagai ummi, isteri dan pensyarah di sebuah IPTA. Kalau dulu citer zaman belajar PhD sekarang semua tu dah jadi kenangan yang akan saya kenang sampai mengalir airmata kerinduan.