Wednesday 26 March 2014

Jemputan kahwin keluarga belah cina mak

Esok 3 hari berturut2 keluarga cina belah mak jemput seluruh kluarga kami utk hadiri kenduri kawin anak sedara cina mak di Raub. Mula2 sume excited nk pegi tapi lm2 jadi ragu2 takut ada unsur maksiat dlm majlis tu. Harapnya bjalan dgn baiklah sumenya. Tapi terkilan jgk sbb sy, suami & anak xdpt pegi. Kami jauh tercampak di Jordan ni. Klu tiket arga seringgit, hari2 balik msia. Berangan xabis.

Diorg belanja duk hotel  utk 3 hari berturut2. Kata kakak, adik beradik mak ada yg kaya raya. Ada tauke kayu balak, ada yg yg punya kebun berekar2. Punya perniagaan tanaman itu ini. Baru ni mak lawat Raub abg mak bagi durian musang king yg kuning mengancam tu. Sedapnye. Sekilo berpuluh2 ringgit arganya. Mmg jd santapan org cina je. Kita yg melayu mkn yg murah2 je yg penting sdp jugak. Tp org cina, xde duit pun bab mknn mesti yg terbaik wlupun mahal. Tu kata mak dulu2.

Klu tengok adik beradik cina mak pakai baju cokia2 je. Singlet, sluar pendek, selipar jepun. Tapi mcm tulah org cina, kaya mane pun mcm tu jgk pakainya. Kaya mana pun, keta buruk jgk yg dia bawak gi sana sinun. Sbb dia sibuk bkerja smpi xsempat bsenang2 dgn harta dia ada, hasil harta yg ada anak2 yg merasa. Lepas tu anak2 pulak smbung warisan perniagaan, harta2 tu dirasai anak2 mereka pulak lps tu. Mcm tulah org cina berjaya. Dari semiskin2 kaum, dtg merempat di tanah Melayu hinggalah jadi tauke2 perniagaan besar di Malaysia skrg. Dulu siapa sangka.

Klu org melayu plk, klu kaya sikit xboleh pakai baju murah, keta mesti mahal, itu ini mesti branded. Padahal duit gaji bulanan pun bukan bnyk mana. Perniagaan pun bukan besar mn. Jaga standard kononnya. Beli brg umah pun pakai kad kredit. Xckp org lain, sy pun kdg2 terpengaruh dgn sikap tu. 

Sedang mak sy sll ingatkan dari kami kecik lagi, xpelah umah kita buruk pun, keta 2nd hand nk tercabut pintu, asalkan anak2 sume mak ayah dpt masuk ke sek agama (swasta), dpt mkn kenyang2. 
Teringat sjk dari sekolah rendah lagi ada kawan2 ejek keta mak sy yg buruk. 

"Nama je mak cikgu, tp pakai keta buruk..," kata kawan sy sambil ketawa swktu mak sy dtg sekolah mjemput sy & kakak dr sekolah. Memang malu. Sy siap suruh mak parking jauh bila dtg ambil di sekolah. Sy siap ckp malu keta kita buruk, tp mak sy jenis xkisah. Alah, biarlah org nk kata apa pun. Kata mak sambil sengih2 ketawa tgk sy malu dgn keta buruk kami.

Wkt di sekolah menengah pun mak masih gn keta yg sama, keta merah yg smakin uzur. Dgn keta tu kami beruling alik ke sekolah. Beberapa kali rosak di perkarangan sekolah, sampai ada cikgu sekolah tegur mak spy tukar kereta."Tukar keta barulah cikgu rohani, ni dh mcm besi buruk dah..," kata cikgu lelaki tu sambil ketawa. Panas hati sy dgr tapi kelakar bila diingat smula. 

Tp jawapan mak mcm biasa, slagi xbetul2 rosak slagi tu mak akn guna. Pdhl dh berapa kali keta tu rosak tgh jln, berapa kali tbuka pintunya tgh2 trafik light. Kih2, perangai mak ni dh mula menyerap dlm diri saya. Slagi xperlu, xpayah beli. Selagi boleh btahan duk senyap2 jelah. Ada bnyk keperluan utk dipenuhi, mgkn itu dlm fikiran mak waktu tu. Smpi sy form 3 barulah mak ayah terbuka hati nk beli keta baru. Itu pun keta tiara je. Jadilah dr keta buruk warna merah tu. Besar jasanya pd kami. Ayah pun beli van vannette baru. Van dulu pun 2nd hand ayah gn bt gi keja & kami guna bila balik kampung. 

Kami membesar dgn pemikiran yg mak serapkan pd kami. Bnyk pemikiran cina yg mak cuba terapkan dlm peribadi kami. Hinggakan kdg2 mak marah dgn sikap org melayu yg negatif. Padahal dr kecil mak dibesarkan dlm kluarga angkat melayu. Tapi sifat2 yg mak ada masih bnyk mewarisi keturunan asalnya. Ada yg baik, ada yg kurang elok. Susah nk gmbrkn dgn perkataan. Tengok saje org cina, kamu boleh tahu apa yg sy cuba sampaikan ttg mak sy.

Ada satu pengaruh mak paling kuat yg dh terserap dlm diri sy iaitu:

Tidak malu dgn segala kekurangan.

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Hari pertama persekolahan 2024..

Sekolah baru semua anak-anak kami.. Kakak minggu depan baru start daftar dan kelas. Ya Allah permudahkanlah urusan k...