Wednesday 29 April 2015

Missed abortion

Segalanya bermula  pada jumaat lepas bila sy dapati terdapat lendiran spt mukus berwarna coklat sedikit gelap keluar dr nun di bawah sana. Rasa risau tp cek di internet katanya biasa saje dan normal. Lega sekejap. Yg pasti mengandungkan lubna dulu belum pernah sy alami sebarang spotting. 

Tengok hari sabtu pun masih keluar lagi dan semakin gelap pula warnanya. Bila membuang air kecil lendir coklat masih turun keluar tapi tidak banyak. Al-kisahnya hari ahad jam 9 pagi kami ke klinik dr.widad utk scan apa yg sbenarnya terjadi. Sampai di sana tengok ramai sgt patient. Jadi sy xjadi ke klinik dr.widad. Kami pun berlegar2 dgn kereta sekitar tobarbour mencari klinik wanita yg lain. Jumpa sebuah lagi klinik berdasarkan papan tadi yg terdapat pd tingkat tiga bangunan.

Dipendekkan citer lepas turun naik tangga cari klinik tersebut sy masih belum berjumpa dgn pintu klinik! Mengah turun naik tangga sampai ke bumbung bangunan empat tingkat. Suami dan lubna menunggu dalam kereta memandangkan parking pun xde. Akhirnya sy pasrah tunggu esok sajelah ke klinik dr.widad semula.

Tup2 hari selasa jg sy pegi klinik dr.widad. Hari isnin rs malas nk keluar umah tambah lagi sy giat membaca utk imtihan nisfiyy pulak hari semalam. Kebetulan hari smlm 29hb ialah hari sepatutnya sy datang smula utk check-up 10 minggu pregnancy dgn dr.widad. Dtg sehari awal ok dh rasanya sambil cek punca lendiran berwarna coklat keluar.

Sambil menunggu  giliran saya rs xsedap hati. Tiba2 rs sakit seperti senggugut di bhgian rahim belah kanan. Macam2 perkara buruk terbayang dlm kepala. Ya Allah klu benar gugur apa reaksi saya nnt?? Rs cuak. Dingin. Suami dan lubna plk tunggu dlm kereta sbb suami dan anak2 tidak dibenarkan masuk sekali bersama ibu ketika sesi konsultasi di klinik dr.widad. Rs perlu bersedia dr sudut mental tiba2 sblm masuk bjumpa doktor.

Cukup lebih kurang 40 minit menunggu sy dipanggil masuk. Bersalam dgn dr.widad. Ini kali ketiga kami bertemu. Sy citerkan apa yg berlaku bercampur2 dlm b.inggeris dan arab. Terlihat pd riak wajah Dr.widad kurang senang dgn berita yg sy kabarkan. Pasti dia sudah merasa sesuatu yg buruk tlh berlaku berdasarkan pengalamannya yg sudah. Sy jadi gelisah tiba2. Sangkaan sy dr.widad akn mengatakan sbgi normal sj meleset sm sekali. Apa yg di dalam internet tidak semestinya betul! Lain org lain tubuh lain kondisinya. Nampaknya sy perlu ambil iktibar dr pengalaman ini.

Mari kita scan dulu, kata dr.widad. Rs lemah longlai sy bergerak ke arah katil klinik, dlm hati kuat mengatakan baby mungkin dh xde. Dr.widad menggelek scanner pd bhgian bawah rahim sy. Kelihatan ada kantung yg membesar tp kosong sj dan leper. Hati sy berdebar rs mau menangis. Dr.widad berulang kali menyebut lahawla wala quwwata illa billah..hati sy jd sebak tp masih kuat. Tiada daya dan kuasa melainkan Allah. Doktor menukar alat scan utk mengesan denyut jantung janin pula. Subhanallah, 2 minggu lps sy masih boleh melihat kerlipan jantung baby kt doktor. Ttp sekarang sudah tiada. Doktor menggeleng2kan kepala. Sy kelu xtau nk ckp apa. Sedih dan terpana. 

Balik semula ke meja doktor utk menyambung sesi konsultasi seterusnya. Sedih dan fikiran sy melayang2. Tp sy xmenangis. Doktor bagi kata2 semangat. Gugur lebih baik krn dibimbangi melahirkan anak yg abnormal. Terngiang2 kata2 doktor yg ini. Alhamdulillah itu sj yg mampu sy ucapkan dlm hati yg kesedihan smlm. Xmengapalah pujuk hati sendiri. Doktor bg pilihan utk d&c atau gugur sendiri, sy pilih gugur sendiri dan mau berbincang dgn suami dulu sekiranya membuat d&c. Sebelum keluar doktor sarankan utk segera ke hospital aqsa sekiranya rs sangit yg sangat2 di bhgian bawah ari2. Dan sampai sekarang setelah dua hari tahu janin sy tidak hidup masih belum rs sakit yg kuat.

Skrg berdebar2 menunggu bilakah masanya ia akan gugur sendiri. Persediaan utknya belum sy buat sebaiknya. Hari ni nampaknya kena sediakan semua kelengkapan utk berpantang jg nanti. Mungkin dlm minggu ni sy harap janin ini akan keluar sendiri dan seluruhnya ya Allah mudahkanlah ya Allah. Bagaimana ye pantang dgn kelas lg 5 minggu serta final exam awal bulan 6 nnt.

Bila difikir semula faktor stress mgkn mjadi antara penyebab kandungan ini xdpt survive dgn baik. Stress dgn kelas dan imtihanat serta doktor pensyarah. Sy prnh citer dlm entry2 yg lepas. Smpi sy pernah menyebut dgn suami mgkn kandungan ini akan gugur klu sy kekal stress begitu. Akhirnya ia gugur mengundurkan diri. Alhamdulillah ala kulli hal.

Suami pulak jadi lemah serta merta bila tau kandungan sy xmenjadi. Bila sy sedih dia pun turut sedih. Sy mengharapkan kekuatan suami tp rupanya suami jd lemah bila sy lemah dan bersedih. Sbelum2 ini pun mmg sy perasan suami akan stress klu sy menangis atau berada dlm zon marah. 

Jadi selesai berehat dan berbaring bberapa jam dr klinik dr.widad dua hari lepas sy bangkit utk solat asar. Lubna mmg sy xcara dan biarkan dia main sendirian sehingga tertidur. Suami pulak banyak berdiam lps balik dr klinik. Sy tau dia pasti sedih jg, tp sy xboleh lg berada dlm situasi begitu. Selesai solat asar tiba2 dtg satu kekuatan dlm diri. Sy masih punya lubna. Sy pandang wajah lubna dari jauh. Subhanallah sy hampir terlupa anak yg comel dan kuat ini. Sy hanya kehilangan kandungan yg masih sgt kecil. Adakah sy perlu mengabaikan anak yg telah lahir sihat dan kuat serta tlh menceriakan hidup kami suami isteri  spnjang 3 tahun ini smata2 bersedih atas hilangnya harapan yg baru sy kandung 8 minggu ini?

Sy kena ceria sbb sy tau suami akan ceria bila sy gembira. Sy xboleh berharap suami akn menjadi kuat bila sy lemah. Sy berada di alam realiti dan bukan alam tv yg selalu menunjukkan lelaki akan menjadi kuat bila emosi wanita lemah. Suami sy tidak begitu dan sy menerimanya dgn hati terbuka. Sekurangnya sy tau dia akan sedih bila sy sedih dan gembira bila sy gembira.

Jangkaan sy tepat. Bila sy ceria dan senyum semula sy dpt lihat warjah jernih dr air muka suami. Otomatik dia menjadi bertenaga semula. Hah kan dh kata, getus sy dlm hati. Hik2. Jd lps solat asar slps menepis sgla keterkilanan dan kesedihan sy pun memasak laksa terengganu utk makan malam. Asalnya nak masak utk mkn tghari tp sbb lemah dan bersedih jd tertangguh smpi ke lewat petang. Ceria sy masak mcm xde apa yg berlaku. 

Laksa terengganu sy masak dua hari lepas...


Xpadan dgn sedih tu nafsu makan masih membuak2. Huaaa. Kami mkn penuh selera. Suami yg tadinya xbermaya jadi bertenaga tiba2.

Malamnya sy berbaring dgn lubna. Sy cium2 dia macam biasa. Sy gosok2 badan dia. Tiba2 terkeluar dari mulut sy, lubna kuat sebab tu lubna lahir sempurna, adik lubna xkuat sebab tu dia gugur xmau jumpa ummi. Dlm hati berpikir2 mcm mana boleh kt camtu. Mcm jauh hati je dgn kandungan yg gugur ni. Mujur lubna xtanya lebih2 klu xsusah pulak nk explain. Lgpun lubna bukan boleh ckp bnyk pun. Keh3. Tu yg sy ckp merapu2 kdg2.

Pokok pangkalnya kalau Allah kata hak kita akan jadi hak kita selamanya, kalau Allah kata bukan, jaga macam mana pun dia akan tetap pergi. Faktor stress, penat, kromosom tidak sepadan mgkn adalah faktor nyata yg boleh dilihat dr mata kasar. Tp hikmah di sebaliknya kita sendiri kena cara dan rasa selepas dari setiap ujian. Alhamdulillah ala kulli hal.

Doakan kandungan ini akan gugur sendiri sepenuhnya tanpa sy perlu melalui proses d&c inshaAllah. Ya Allah mudahkanlah.



6 comments:

  1. Salam..boleh saya tau apa jadi seterusnya? Gugur sendiri x?
    Sebab sy pon sedang mengalami hal yg sama..sudah menunggu 11 hari dari 14 hari yang doc bagi utk kandungan keluar sndiri..setakat ni hanya heavy bleeding n sesekali ketulan2 darah besar..tapi bila cek doc kata tu bukan kantung so kena tggu gak smpai isnin ni utk cekup..cuma risau tak apa ke kantung berada lama dalam rahim n perlu buat dnc ke klau mmg xkeluar gak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, maaf lambat reply. Doktor di sini pun cadangkan saya buat D&C kalau tak keluar sepenuhnya kantung dalam masa 2 minggu selepas didapati keguguran. Doktor bg mkn pil utk percepatkan proses keluar ketulan darah dan alhamdulillah hari ketiga selepas disahkan gugur, darah beserta ketulan2nya keluar. Seminggu lepas tu sy scan dgn doktor dan dia bgtau kantung semua dah keluar, cuma masih ada darah sisa2 yg berbaki di dinding. Doktor tpksa cek di bhgian bawah gn alt khasnya. Mmmg doktor akan minta bt dnc klu xkeluar kantung dlmms 2 minggu. smoga Allah permudahkan.

      Delete
  2. Salam..boleh saya tau apa jadi seterusnya? Gugur sendiri x?
    Sebab sy pon sedang mengalami hal yg sama..sudah menunggu 11 hari dari 14 hari yang doc bagi utk kandungan keluar sndiri..setakat ni hanya heavy bleeding n sesekali ketulan2 darah besar..tapi bila cek doc kata tu bukan kantung so kena tggu gak smpai isnin ni utk cekup..cuma risau tak apa ke kantung berada lama dalam rahim n perlu buat dnc ke klau mmg xkeluar gak..

    ReplyDelete
  3. Salam,sis,,thniah skrg dh hamil kmbali,,brp lme sis dri kguguran ari tu pregnant smula?sy pn mglmi missed abortion jgk.

    ReplyDelete
  4. Salam,sis,,thniah skrg dh hamil kmbali,,brp lme sis dri kguguran ari tu pregnant smula?sy pn mglmi missed abortion jgk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..terima kasih:)..lebih kurang setahun juga tempoh selepas gugur dan hamil semula. Gugur akhir april 2015 dan hamil semula tengah jun 2016..

      Delete

شكرا على تعليقاتك

Kenaikan pangkat..rezeki dari Allah

Alhamdulillah..ambil surat kenaikan pangkat di pejabat pendaftar dengan Syikin..rezeki kami sama2.. alhamdulillah