Tuesday 9 February 2016

Bonus Tabung Haji

Saje gatal tangan nak cek TH online. Buka baki akaun tengok jumlah yang tertera melebihi jumlah sepatutnya, alhamdulillah. Lihat penyata akaun untuk bulan dua, sejumlah bonus tabung haji (5%) berjumlah dot dot dot telah dimasukkan berserta bonus haji (3%) berjumlah RM299.40. Suka. Dalam kepala mencongak-congak perancangan kewangan yang telah dibuat. Banyak lagi perlu disimpan untuk penggunaan masa hadapan terutama balik dari habis belajar nanti.

Beli kereta, perabot rumah antara perbelanjaan terpenting perlu dikeluarkan apabila pulang ke Malaysia nanti. Kereta saga dulu saya lepaskan pada adik. Jadi perlu kereta baru bila masuk kerja nanti. Kelengkapan rumah belum cukup sepenuhnya. Macam-macam dalam kepala.

Semalam bertemu musyrif dan tunjukkan sebahagian fasol tiga yang telah dibuat. Doktor bagi senarai dakatir sebagai muhakkimin menyemak adawat dirosah. InshaAllah di sebalik rasa gelisah, harap Allah mudahkan urusan pencarian penyemak dalam seminggu dua ini inshaAllah. Perlu membuat surat kebenaran kajian juga bulan ini.

Kena stop blog. Macam-macam belum siap lagi ni.

wada'an.

-----------

Ghada' kami hari ni...


Masih belum berjaya buat kurma ayam macam mak & mak cik mimi buat. Kena usaha lagi.

Pizza semalam suami buatkan...


Semalam kami kemas bilik. Rasa lapang dan seronok membuat kerja tesis selepas bilik bersih. Terima kasih abang. Sayang abang kerana Allah...


Sejadah di di mekah baru ni buat alas meja hihi. Dari dulu suka guna sejadah buat alas meja lebih-lebih lagi kalau sejadah tu ada gambar binatang atau tanda yang menganggu khusyuknya solat. Mudah kerja, mouse pun boleh guna atasnya.









2 comments:

  1. kemasnya meja salwa...menarik idea alas sejadah tu..:-) gud luck ye salwa..:-)

    ReplyDelete

شكرا على تعليقاتك

Servis expander

Servis expander utk 30000km. Harga lebih dari est cost. Patut orang cakap harga makin naik. Kos servis kali ni RM489.