Tuesday, 8 November 2016

Klinik Dr. Widad

Hari ni muroja'ah kehamilan dengan dr.widad lagi. Setiap bulan perlu ke sini. Scan baby dan kali ni jelas jantinanya hihihi. Alhamdulillah walad...


Bagitau suami dalam kereta dapat walad, terkezut suami sebab bulan lepas doktor jangka bint. Senyum jah suami bila dapat tahu anak lelaki. 

Alkisahnya saya tak tahu pun kena buat urine test dan cbg (cek darah) di makmal berlainan. Jadi menonong ke klinik dr.widad dan doktor pun tanya mana result test yang saya minta kamu buat bulan lepas? Terkezut kambing. Oh doktor saya ingatkan perlu buat di klinik doktor. Kah3. Jadi lepas jumpa doktor, terus ke muhktabar belakang bangunan klinik. Senang hati tengok mukhtabar lengang dan bersih. Hilang rasa gelisah kena mik darah. Bilik amik darah dan ada single sofa untuk kita duduk...


Tang ni memang jordan lebih bagus perkhidmatannya dari Malaysia. Walau pun kena bayar JD13 tapi puas hati tak perlu beratur dan serabut tengok pesakit lain. Natijah test selepas dua jam. Mujur dekat saja dengan rumah kalau jalan kaki ke klinik dan mukhtabar ni dalam 5 minit je. Tapi kami naik kereta jugak kihkoh. Dekat sangat-sangat sebab tu sayang dengan rumah ni walaupun sewa agak mahal JD 260 sebulan.

Teringat follow up kehamilan di klinik kesihatan Malaysia. Teruknyalah rasa. Nak boleh amik darah tu tension stress dulu. Nak buat di klinik swasta bukan semua klinik swasta di Terengganu boleh buat prosedur follow up kehamilan yang bermacam-macam tu. Tapi kat sini alhamdulillah setakat ni rasa mudah walau pun kadang-kadang lama kena menunggu dr.widad. Harapnya Allah mudahkan urusan kehamilan dan kelahiran anak ini ameen.

Tiramisu air tangan suamiku sayang...


Nasi ringkas..


Chicken tandoori, sy buat ayam suami buat roti nan..sedapnyelah


Selama tujuh hari mengambil masa untuk memperbaiki fasol 3,4 & 5. Esok cadangnya mahu menghantar pembaikan kepada musyrif. Hari ni nak siapkan malahiq yang berbaki. Doakan saya berjaya menyiapkan tesis dan viva sebelum bersalin inshaAllah.


2 comments:

  1. مبارااااااااك على هذا الخبر السعيد !!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. الحمدلله رب العالمين...

      Delete

شكرا على تعليقاتك