Tuesday, 22 November 2016

Tajdid iqomah limarroh akhiroh

Pagi semalam dalam jam 8.15am, kami ke balai polis  untuk tajdid iqomah suami dan anak. Dekat je pun balai polis kalau naik kereta kurang 10 minit. Dokumen perlu bawa:

-Kafil (pelajar): 
Salinan iqomah ikut bilangan ahli keluarga.
Salinan muwafaqoh dari dakhiliyyah ikut bilangan ahli keluarga.
Passport

- Ahli keluarga
Salinan passport keluar masuk, tarikh cop last iqomah.
Gambar passport sekeping.
Passport masing-masing.

Salinan hitam putih pun dah memandai. Siap dalam masa 30 minit alhamdulillah.

Beli kunafah balik dari markaz aman...





Makan malam...


Badan berangin sejak semalam. Makan ini baru lega keluar angin atas bawah kihkoh...



Makanan dua hari lepas...



Dah ambil fusul 3,4,5 dari musyrif semalam. Doktor mesej di whatspp minta datang jam 1 petang untuk ambil fusul yang telah disemak. Alhadulillah takde banyak pembetulan. Akhir bulan ini perlu hantar semua sekali dari sofhah ula sampai ke malahiq bersama dengan kompilasi fusul-fusul yang lama untuk doktor buat perbandingan kot kihkoh. Bittaufiq salwa!


1 comment:

  1. marroh akhiroh inshaAllah. Bittaufiq Dukturah

    ReplyDelete

شكرا على تعليقاتك