Wednesday 23 November 2016

Masak lemak kuning ikan makerel

Masak lemak kuning ikan makerel. Gigih rebus dulu ikan dengan garam dan asam keping untuk hilangkan bau ikan yang sungguh kuat. Tumbuk sambal belacan dan ulam timun serta daun ketumbar...


Sarapan semalam tak kira nak letak jugak...


Mengandung kali ini banyak sangat keputihan sejak kandungan berusia lima bulan lagi. Keputihan yang keluar berbentuk gel dan bergentel-gentel. Rasa rimas perlu pakai  pad sentiasa kalau tidak akan melecet dan gatal di kawasan sekitar. Lagi dua minggu murajaah dengan dr.widad. Kheir inshaAllah.

Tadi keluar ke carrefour di tobarbur beli barang dapur lagi. Habis JOD 17. Semenjak kurang ke city mall (antara pasaraya besar di Amman) memang banyak duit dapat dijimatkan. Kalau tidak di sana mahu beratus dinar habis membeli sebab banyak sangat pilihan barangan yang menarik. Sejak duit jatuh ni, saya mula merancang kewangan dengan lebih teliti. Seminggu hanya JOD 30 belanja maksimum sebolehnya untuk dapur dan lain-lain. Alhamdulillah berjaya juga dengan sedikit bantuan yang dihulurkan suami dari elaun yang turut diperolehinya.

Tambah lagi tahun depan lagi banyak mahu pakai duit. Duit untuk kotak kargo ke Malaysia, duit untuk bersalin (perlu dahulukan duit sendiri dahulu sebelum claim dengan UniSZA), duit sewa rumah dan perbelanjaan bulan empat memandangkan elaun KPT akan tamat pada akhir Mac depan. Berharap agar dapat viva dan selesaikan semua sebelum beranak ameen ya Rabb.

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Kenaikan pangkat..rezeki dari Allah

Alhamdulillah..ambil surat kenaikan pangkat di pejabat pendaftar dengan Syikin..rezeki kami sama2.. alhamdulillah