Monday 26 December 2016

مطعم صنعاء من جديد

Hari ini ke jamiah settlekan beberapa urusan yang masih belum selesai. Robe perlu diambil bila dekat dengan tarikh muaqosyah nanti. Jumpa rois qism rupanya terdapat perubahan pada nama panel munaqosyah nanti.

Dr.kilani, Dr.toha, Dr.ayasiroh, Dr.adib merupakan panel yang terlibat nanti. Perubahan pada dr.ayasiroh. Mujur jumpa rois qism tadi kalau tak hai salah tulis nama nanti tak tahulah macam mana. 

Sesi munaqosyah di sini agak meriah dan pelajar kena urus sendiri dari bab dekorasi dan persediaan dewan. Huhu. Tapi saya akan buat yang basit sahaja, beli jus, air masak, halawiyyat sahaja untuk para panel doktor. Banner belum pasti mahu tempah atau tidak, kalau ikutkan harga banner dalam 17.50 dinar boleh tahan mahal. Saya tak tempah gambar atau video sebab rasa macam mahal 40 dinar. Suami pun kata tak payah kebetulan dia pun ikut sekali jumpa staff di jamiah tadi. Bertegas suami kata mahal mujur tak ambil sebab bila saya tanya rakan khaulah dia pun kata tak ambil kui2. Lepas ni nak tulis nama dakatiroh atas kertas pula. Macam sekolah tadika pulak rasanya. Hua2.

Selesai urusan di jamiah yang tak berapa selesai, kai ke jubeyhah menikmati samak tannur bersama khubuz mulawwah dan lahsah (telur dadar dan campuran sayur serta krim keju)...


Lubna di mabnal idarah di jamiah. Cuaca sedikit mendung padahal sebelum keluar panas mentari memancar. Rindukan matahari sejak dua hari lepas mendung dan hujan sahaja. Tak tahan sejuk hampir berputus asa.


Hasanan, mahu istirohah. Mut'abah jiddan.

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Kenaikan pangkat..rezeki dari Allah

Alhamdulillah..ambil surat kenaikan pangkat di pejabat pendaftar dengan Syikin..rezeki kami sama2.. alhamdulillah