Thursday 1 December 2016

Urusan mohon Viva PhD

Ya Allah, diuji hari ini dengan kesusahan mendapatkan persetujuan untuk munaqosyah utruhah demi kerana yuran semester yang belum dibayar oleh KPT! Kisahnya bermula...

Semalam musyrif bagi green light untuk memberi perlepasan tesis untuk diviva pada semester ini. Alhamdulillah! Rasa di awang-awangan. Tapi dengan syarat perlu mohon pelepasan dari qabul wa tasjil dan idarah maliyah dulu sebelum menghantar tesis ke peringkat lajnah dirosat ulya di qism untuk penentuan tarikh munaqosyah. Tarikh akhir hantar ialah pada 4 dis ini. Perlu dapatkan sign dan segala maklumat berkaitan. Kalau lewat dari itu,memang tak dapatlah viva semester ini.

Jadi jam 10.30 pagi pergi ke qabul wa tasjil untuk mendapatkan maklumat pengajian dan tiada halangan untuk viva. Cek punya cek staff bertanggungjawab kata tak boleh mendaftar untuk viva sebab ada zimmah! Yuran semester ini belum dibayar. Mau gugur jantung. Ya Allah boleh pulak macam tu dalam masa-masa terdesak inilah muncul masalah baru. Rasa mau menangis dan marah.

Pergi ke banguna muhasabah yang terletak bersebelahan bangunan di tingkat dua. Minta pengesahan mengenai yuran yang tertangguh. Benar sekali, yuran semester ini masih belum dibayar kpt berjumlah JOD 1110! Kebiasannya yuran akan dibayar pada akhir semester. Buntu. Rasa nak menangis. Marah.

Dengan sakit hatinya sambil dalam hati menyumpah-nyumpah KPT (hua3) masuk kereta dan mengadu pada suami. Betapa marahnyalah saya saat itu sampai termarah juga pada suami. Huhu. Dalam kepala rasa serabut. Kalau tak berjaya viva semester ini, puncanya adalah kpt. Hasrat kami mahu ke sameh mall tergendala. Saya mahu pulang dulu ke rumah dan call kpt jika dapat. Rasa tak berbaloi menangguhkan viva semata-mata kelewatan kpt membayar yuran semester.

Sampai di rumah bergegas saya membuka ipad untuk membuat panggilan ke Malaysia. Walaupun jam sudah menunjukkan jam 5 petang di sana, tapi kerana sakit hati saya gigih menghubungi lagi. Terlintas di kepala untuk call beberapa rakan phd yang turut dalam proses viva juga semester ini tapi di jamiah lain.

Rakan phd menasihatkan saya menghubungi EMJ pula dan bercakap dengan u.kamaruzzaman bertugas sebagai pegawai atase di Jordan. Ustaz mencadangkan saya memaklumkan pada jamiah bahawa proses pembayaran yuran sedang berjalan dan meminta pegawai jamiah terbabit bercakap dengan pegawai EMJ kalau perlu. Jadi saya bergegas ke jamiah semula untuk menyampaikan apa yang dimaklumkan ustaz. Apa pun saya nak juga selesaikan semuanya hari ini.

Sampai di qism muhasabah, tengok staff yang bertugas sudah bertukar ganti. Aish susah jugak ni pegawai dah bertukar shif, nak kena cerita semula dari A to Z . Dalam keadaan macam ni berterabur habis semua kata-kata. Lantaklah yang penting sampai maksud. Tapi staff yang ini lebih berpengalaman, belum habis lagi saya bercakap dia meminta saya ke bangunan riasah pulak dan berjumpa dengan staff bernama morsi di maliyah dan di sana dia akan membuka syasyah untuk saya mendapatkan isthbat tolib dan keizinan mendaftar viva memandangkan saya pelajar tajaan dan mereka tahu yuran pelajar tajaan biasanya lewat dibayar pada akhir semester. Ya Allah rasa di awangan. Mula nampak jalan keluar. Kan mudah kalau staff mula-mula tu cakap macam tu. Tak perlu ke sana ke mari dengan perut membuyung sangat semput.:(

Bangunan riasah jauhnya kalau jalan kaki memang haru. Mujur ada suami dan kereta. Cari staf berkenaan yang duduk di tingkat 2. Penatnya turun naik bangunan dari qabul tasjil ke muhasabah ke rumah ke muhasabah semula ke riasah dan ke qabul tasjil semula. Setiap bangunan perlu naik tangga kecuali rumah hua2.

Mudahnya staff bernama Morsi ni membuat kerja. Tiada halangan katanya. Dicop dan disign borang yang berkaitan, terasa hilang separuh beban dan penat. Rasa malu pada diri sebab marah-marah tadi. 

Jadi pergi semula ke qabul wa tasjil. Staff yang saya jumpa tadi masih ada. Hairan dia bila saya datang semula dan memaklumkan tiada halangan untuk mendaftar kerana en.Morsi dah sign! Huhu. Terkedu dia. Owh ok kalau dia yang sign, maka tiada masalah, kata staff tersebut. Alhamdulillah! Penat tau ke sana ke mari dengan perut semakin sarat, angin bertiup kencang macam puting beliung di luar. Badan yang besar ini pun terasa hampir diterbangkan. Mujur pakai jaket kalau tidak habis jubah tudung saya terbang bersama angin dan sampah sarap.

Penat dan rasa sedih sebab terpaksa melalui semua ini. Tapi tak boleh su' zon pada Allah. Pasti ada hikmahnya. Allah bagi jalan untuk viva semester ini, patut bersyukur sangat salwa. Ya Allah ampunkanlah dosa hambaMu ini. Terima kasih atas setiap kesukaran, Engkau datangkan pula di sampingnya kesenangan. Ini semua ujian. Hampir saja saya mengalah tadi. Semoga selepas ini dipermudahkan road to viva ini dan berjaya lulus dengan baik, ameen ya Rabb.

Full draft tesis yang dipulangkan musyrif untuk diperbetulkan sedikit dan diprint semula untuk masuk meeting peringkat lajnah dirosat ulya di qism ahad ini bagi penentuan tarikh munaqosyah dan a'dho' yang terlibat dalam munaqosyah nanti...



Inilah borang yang menggamit seribu rasa perit. Susahnya mendapatkan kamu...


Borang kedua melibatkan qism maliyah...


Doakan saya rakan pembaca. Jika diizinkan Allah, saya akan viva semester ini inshaAllah. Doa saya agar dapat selesaikan semua sebelum melahirkan khalifah Allah pada Mac depan nanti. Jika ini yang terbaik buat saya dan keluarga.

Oh ye balik dari selesai urusan selama dua jam lebih di jamiah tadi, kami singgah ke sameh mall. Perlu membeli barangan dapur. Sampai di sameh mall saya sudah capek. Terasa pendeknya nafas. Mencari kerusi untuk melepaskan lelah tapi tiada. Jadi bergayut pada troli melepaskan segala rasa. Itu pun suami suh duk dalam troli kehkoh. Ada ke patut suamiku. Tapi kalau takde orang memang nak juga duk dalam tu sebab terasa sangat berat perut dan tegang. Padahal sudah duduk-duduk sambil melantak nasi zurbiyan dan nasi mandy di atas mall. Mungkin pembawaan ibu mengandung, badan cepat penat. Ditambah dengan drama haru di jamiah. Bertabahlah salwa. Ada banyak lagi jalan ujian selepas ini. Selagi belum pulang ke tanah iar, hadaplah segala rencah rasa di sini. Di Malaysia lain pula cabarannya. Ok mau berehat! 

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Open house Raya 2024..

Tengok gambar dulu ye...