Wednesday 24 June 2020

33 minggu kehamilan

Sudah 33 minggu kehamilan. Berat 89kg. Umur 36 tahun. Beratnya😂.

Berat paling tinggi pernah capai semasa kehamilan ialah 88kg masa mengandung anak sulung. Anak ketiga ni lebih sikit nampaknya.

Ujian MGTT dua kali dah buat sepanjang kehamilan ni. 

MGTT 1 pre 4.5 (4-5.5) post 6.9 (5.5-7.8)
MGTT 2 pre 4.3 post 6.9

Dalam kurungan tu ialah normal range. Hampir ke angka 7. Takutnya. Kena jaga makan. Tiap kali hamil suka makan yang manis. Dari dulu tak suka masam. Sepanjang hamil ni berapa biji kek saya beli😂. Untuk hilangkan rs bersalah saya bawa makan di rumah mak abah boleh makan sama2. Takdelah saya makan sorang2.😅

Hamil kali ni saya banyak check up di klinik kerajaan. Lebih cekap pengurusan tak perlu tunggu lama berbanding 8 tahun lepas.

Lepas beranak nanti mungkin akan kerap ke klinik panel, tak sanggup menunggu dengan baby di klinik kerajaan sebab ramai juga orang. Serabut juga nanti. Kalau sorang menunggu takpelah juga.

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Paya Bunga Hotel 2024

Sempena meraikan kejayaan Lubna memperolehi UPKK 5A 3B dan paling utama nak siapkan buku dengan mood baru, kami suami isteri tempah hotel se...