Sunday 7 June 2020

Perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP)

Alhamdulillah, Malaysia dah masuk fasa pemulihan. Walau sedih kena masuk kerja tapi rasa lega sebab rasa selamat sedikit berbanding sebelum ini.

Bila wabak ni terjadi ramai yang sedar betapa manusia tidak dapat menjamin kehidupannya sendiri. Betapa pentingnya kerjasama semua untuk keselamatan bersama. Betapa pentingnya simpanan kewangan dan sifat berjimat cermat. Dan betapa nikmatnya duduk rumah walau kebosanan hampir tiap hari lagi-lagi masa Ramadhan baru ni. Hihi.

Tengok industri pelancongan dan peniaga gembira selepas sektor perniagaan dibenarkan dibuka seperti sebelum PKP. Betapa kita rakyat yang mendapat pendapatan bulanan secara tetap harus bersyukur kerana Allah tidak menguji kita dengan masalah kewangan sepanjang PKP. 

Macam mana nak tunjuk cara bersyukur? Dengan banyakkan membantu dan memberi serta berjimat cermat dan menyimpan. Jangan kerana gaji bulanan masih berjalan kita pun sama boros. Kena letak andaian apa perlu dibuat sekiranya gaji dipotong untuk persediaan mental fizikal andai betul berlaku. Perkara ini tak mustahil berlaku, peperangan, wabak penyakit, ekonomi teruk semua adalah faktor utama jatuhnya sebuah negara dan pengangguran.

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Paya Bunga Hotel 2024

Sempena meraikan kejayaan Lubna memperolehi UPKK 5A 3B dan paling utama nak siapkan buku dengan mood baru, kami suami isteri tempah hotel se...