Monday 29 June 2020

Miladi yang ke 36 tahun

Sambut sederhana sahaja tahun ini. Tak rasa nak sambut beria memandangkan kandungan makin sarat, kepala asyik fikir tentang persiapan bersalin. Kebetulan balik Kelantan setelah beberapa bulan tidak balik kerana PKP. Seronok alhamdulillah.

Minta suami belanja nasi ulam cikgu di Kelate sempena sambut besday 28 Jun. Tekak teringin yang ni saja. Kek pun dah tak terasa nak makan. Masa PKP baru ni hampir tiap minggu makan kek😂.

Sedapnye...RM25 termasuk milo ais dua gelas...

Di rumah mak minggu lepas. Durian misang king & D24 pemberian abang mak dari Raub. Tauke musang king. Kalau ada singgah Raub atau KL dan beli musang king mungkin antara peniaganya adalah abang2 mak😆...

Pulut durian. Beli durian siap buka di Pasar Payang. 3 bekas RM70. Sebekas musang king, dua lagi tak ingat dah apa nama. Mengandung kali ni nak makan durian yang kuning sahaja. Jadi lebih suka beli yang siap buka dah tahu warna apa dan puas hati...

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Paya Bunga Hotel 2024

Sempena meraikan kejayaan Lubna memperolehi UPKK 5A 3B dan paling utama nak siapkan buku dengan mood baru, kami suami isteri tempah hotel se...