Wednesday 24 February 2021

Buka Akaun TH anak ketiga

Alhamdulillah terlepas rasa beban di bahu setelah selamat membuka akaun TH dan daftar haji untuk anak yang ketiga setelah 6 bulan kelahiran. 
Kelakarnya saya hanya bawa salinan asal mykid, mykad penjaga dan surat beranak. Rupanya kena ada bersama salinan fotokopi aduilah. Maka bergegaslah ke pustaka Intan berdekatan untuk fotokopi. Mujurlah guard bagi masuk semula terus xyah beratur dah atas kerusi mengikut sop.

Daftar haji anak masih lagi RM1300. Akan datang tak pasti dah berapa. Yang pasti hati rasa lega sebab dah melunaskan tanggungjawab simpanan untuk anak2. 

SSPN-i pun dah dibuka oleh YPT sempena kelahiran anak Terengganu. Dapat RM100 dari kerajaan negeri. Alhamdulillah. Kena hantar borang untuk diproses. Borang ni pula saya dapat dari mak bidan merangkap isteri MPKK. 

Ada dua lagi berhajat nak buka utk anak2 akaun al-awfar dan Public gold. Tahun ini inshaAllah. Target untuk setiap anak saya tetapkan maksimum 20k apabila masing2 dah mencapai umur 20 tahun. Untuk masuk uni, beli gajet, kahwin haa macam2 nak guna bila anak2 besar nanti.

Oklah ini aktiviti sepanjang BDR di rumah. Petai jeruk tu saya buat sendiri. Tat nenas pun buat sendiri resepi dari Azlina Ina. Sedap sangat. Jem beli yang siap dari bakeri donut di Dataran Austin. Sedap jem dia tak masam sangat. RM8.79 sebungkus berapa gm xingat. Dulu biasa buat sendiri jem nenas tapi sekarang malas nak buat anak pulak makin ramai tak terkejar nanti hihi.. Ni pun dah capek nak abiskan satu adunan dapatlah dalam 50 biji... 


Kari ayam pressure cooker... 
Ini gambar di rumah mak minggu lepas. Mak renovate rumah. Tambah bahagian laundry dan bilik. Seronok tengok mak gembira dan semangat susun atur rumah. Semangat saya banyak ambil dari emak. Garang pun dari emak. Haha. 


Kek batik milo minta suami buatkan minggu yang lepas. Yaaa sangat sedap! 

I love you abang! ♥️ 

Minta maaf sebab banyak sakitkan hati abang minggu ni... 


No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Paya Bunga Hotel 2024

Sempena meraikan kejayaan Lubna memperolehi UPKK 5A 3B dan paling utama nak siapkan buku dengan mood baru, kami suami isteri tempah hotel se...