Wednesday 3 February 2021

Jadual solat

Anak sulung dah masuk 9 tahun (xcukup lagi sebenarnya sebab lahir bulan 11). Jadi dah kena paksa lebih tuk solat. Kalau sebelum ni main-main ajak solat. Sekarang kena lebih tegas.

Jadi kena upah dapat hadiah kalau solat penuh kuang2. Makanya dia pun bagi plan nak buat jadual dan ummi akan tanda kihkoh. Kreatif anak sulung saya ni.


Takde yang lebih melegakan sekarang kecuali bila anak-anak dah boleh solat sendiri sebelum usia baligh. Ummi rasa risau kalau terlepas cara betul didik anak bab agama. 

Orang lain mungkin dah lebih awal ajar solat tiap waktu tapi ummu belum betul2 tegas sehingga tahun ini ummi tekad dah masuk 9 tahun wajib kena ingatkan anak solat tiap waktu walau pun lewat solatnya. 

Banyak azam saya tahun ini tuk anak-anak. Bukan azam tuk ummi dan walid sahaja. Kalau boleh biar sume berjaya seiring sedanya. Kadang bila saya terlalu fokus urusan kerja jadi anak-anak dn rumahtangga agak kelam-kabut. Bersederhana sajalah buat masa sekarang. Yang penting ialah konsisten. 

Baru ni scroll di shopee kerepek tortilla. Wah banyak rupanya Kerepek yang dijuak di shopee. Suka hati. Order tortilla perisa pedas berlado 2kg tak pedas sangat pun. Order pisang salai juga 1 kg... 

Puas hati RM35 tortilla, RM20 pisang salai. Tak payah beli chacos dah. Saya sefamili memang oeminat chacos kalau di Jordan dulu jenama dorito wajib beli sebagai stok walaupun mahal. 

Pizza hut sweet sour lagi beli 2 biji dan regular 2 biji RM78 semua sekali... 

Makan tenghari masak sekali je tiap hari. Jimat tenaga nak jaga anak tiga orang dan suami sekali kih3. 

Ok nak memasak banyak sikit arini dan sambung kerja. Nak isi mygrant FRGS, markah debat pidato, data spss, artikel tak habis tulis, semakan kursus..pdpr anak.. Ya Allah sesak nafas.. Huhuhu





No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Paya Bunga Hotel 2024

Sempena meraikan kejayaan Lubna memperolehi UPKK 5A 3B dan paling utama nak siapkan buku dengan mood baru, kami suami isteri tempah hotel se...