Sunday 7 February 2021

Durian D24

Semalam keluar ikut suami ambil tablet yang rakan nak upgrade window. Sekali dengan suami nak hantar pc yang siap upgrade ke rumah pelanggan. Takut juga ada roadblock tapi mujur xde hehe.

Balik dari ambil tablet nampak ada penjual durian jual D24 tepi jalan. Rasa teringin sangat suami isteri maka terjebaklah lagi...


Kuning putih tapi ya Allah sedapnyaa. Banyak ni RM79. Sekilo RM30. Puas hati walaupun terpaksa bayar lebih dari ketika musim durian. 

Ini pula menu masak sekali sehari rumah kami haha. Malas nak masak penat nak bersihkan dapur. Biasa akan beli sekali dan masak sekali atau masak sekali tapi untuk makan sehari. 


Ini suami masak... 


Ini saya masak bila rajin ada dua jenis lauk... 

Atas ni gulai ikan style kelantan sedap sangat bubuh ketumbar. 

Tumbuk bwg merah, lengkuas, ketumbar biji, cili kering. Didihkan dengan santan, masukkan ikan dan masak seperti biasa sampai naik minyak. 





No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Paya Bunga Hotel 2024

Sempena meraikan kejayaan Lubna memperolehi UPKK 5A 3B dan paling utama nak siapkan buku dengan mood baru, kami suami isteri tempah hotel se...