Monday 30 December 2013

Dugaan penuntut ilmu, perantau di bumi asing

Kelas petang ni kul 6-9 malam. Tiba2 kawan call xdapat pegi kelas sebab masih demam sejak bberapa hari yg lepas. Alahai, mcm mana ni. Teksi pergi mudah nak dapat, teksi balik dari jamia'ah yg memang susah nk dapat. Lagi2 jam 9 malam. Kebiasaan suami kawan akn ambil kami sepulangnya dia dr uni of Jordan.

Jam 9 malam musim2 sejuk ni umpama jam 11 malam di Malaysia. Jam 6 petang dah azan isyak. Bayangkan sorang2, pompuan plk tu diselimuti kegelapan sambil tunggu teksi bwh jambatan. Mula rasa nak nangis bila terfikir balik kelas nnt mcm mn. Gelisah.

Bagitau suami. Nampak dia pun runsing. Kebetulan khadeeja & ayahnya keluar beli barang di pekan tabarbour dr jam 5 ptg dh keluar. Kunci rumah pulak dgn kami. Nak telipon ayah khadeeja anset dia xde line jordan. Alahai sedihnya cerita.

Saya minta suami ikut teman ke uni bawa lubna jg. Tawakkal keluar rumah bwk lubna dgn susunya mn tahu klu xterserempak dgn khadeeja & abg ipar, mgkn kn bawa dia pg universiti jgk. Kesian dia dahlah sejuk. Odw nk tunggu teksi nampaklah mereka bjalan di tgh kesibukan pekan. Lega rasa. Bagi kunci rumah & minta tolong abg ipar tgkkan lubna. Kesian plk diorg nk beli barang. Tp xde jalan lain dah. Dalam hati risau lubna menangis mengamuk2.

Jam 8 malam kelas abis awal. Cepat2 sy keluar cari suami. Kesian dia tpaksa menunggu di bilik kelas yg kosong. Mujur ada heater. Terus kami berjalan ke jalan raya utk menunggu teksi. 

Sy cakap kt suami,kat sinilah sy selalu tunggu teksi. Dahlah gelap, lampu jalan pun xde.



Saya tanya suami bahaya x klu pompuan sorang2 tunggu kt sini. Suami kt memang bahaya...


Gelap x? Kat sinilah tmpt yg sy & anak sedara khadeeja menunggu teksi tiap hari rabu & kdg2 ahad lepas magrib. Gelap & sejuk. Tawakkal pd Allah sentiasa. Xberani lagi balik sorang2. Selalu angkut ank sedara ke jamiah. Xtaulah cmne minggu depan dia dh balik malaysia. Pernah 2-3 kali tunggu sorang. Sekali tu menunggu dalam keadaan hujan tiba2, turun naik jambatan berteduh dari tempias hujan. Bukan stkt menangis dlm hati, siap menangis smbil tunggu teksi di bawah kepekatan malam. 30 minit menunggu sambil call suami. Alahai sedihnya bila teringat smula. Ujian penuntut ilmu.


Bangunan kelas saya dari seberang jalan raya...


Tahan teksi beberapa kali tp xde yg nak masuk pekan tabarbour, frust rase. Suami mesej suami kawan yg habis kelas dari uni of jordan, klu lalu sini minta tumpang amik kami. Alhamdulillah, akhirnya balik dgn suami kawan jg.

Sampai di rumah, tgk lubna tertidur ats sofa arab berselimut satu badan. Khadeeja kt dia menangis lama tadi. Kasihan anak ummi. Xsampai berapa minit, lubna bangun. Waaaaa kuat betul nangis. Sambung nangis. Memberontak benar lubna malam ni. Meraung2. Saya & suami dah peluk pun meraung2 lagi. Mungkin marah sebab ummi & walid tingalkan dia. Manja bertingkat2 skrg. Mcm pernah tgk je ayat tu. Lubna lubna..dugaan ibu si penuntut ilmu. 

Beberapa kali saya hampir tumbang...

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Kenaikan pangkat..rezeki dari Allah

Alhamdulillah..ambil surat kenaikan pangkat di pejabat pendaftar dengan Syikin..rezeki kami sama2.. alhamdulillah