Friday 6 December 2013

Jejari tiramisu tragis & Dinner mengejut!

Tengahari tadi makan nasi arab sempena kenduri doa selamat di rumah kawan semalaysia sini. Kenduri sempena si suami kahwin dua. Hu2. Malas nak citer panjang. Petang tadi buat jejari tiramisu juga sbb teringin nak makan. Selekeh jah buat. Ni sebab baru je berselisih pendapat dgn suami ttg berapa lama nak rendam jejari tu..ada2 je kami. Sedangkan lidah lagi tergigit apatah lg suami isteri. Baru saya faham pepatah ni...


Ni gambar ketika prosesnya, time ni tengah selisih pendapat. Akhirnya dua2 merajuk. Tapi kami merajuk sekejap je. Lepas peluk minta maaf, mesra semula alhamdulillah...

       

Sebab berapa lama nak rendam jejari nilah kami merajuk antara satu sama lain...

       

Akhirnya, pendapat suami yg betul. Jejari ni kn rendam lama sebab biskut ni sbnrnya bukan untuk buat pemanis mulut tiramisu tu. Rasa pun kurang sedap sikitlah. Sambil makan saya minta maaf lagi kat suami. Suami kata, kan sekarang dah sedih sebab kurang sedap bila biskut masih keras. Saya jawab, saya bukan sedih sebab biskut tu xsedap, tapi sedih kerana biskut tu saya berbalah dgn dia. Syahdu.

Walau pun tengahari tadi dah makan banyak nasi arab, tapi tiba2 rasa lapar semula lepas magrib. Saya pun goreng ayam yg suami siap perap pagi tadi & panaskan sambal tumis yg buat utk nasi kerabu dulu. Nasi putih dah ada masak pagi tadi jugak. Ingat kenduri doa selamat rakan tadi tak jadi, tu yg beria sedia bahan. Tup tup tengahari tu jadi kenduri mengejut tu. ni makan malam kami tadi...

        
          


No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Kenaikan pangkat..rezeki dari Allah

Alhamdulillah..ambil surat kenaikan pangkat di pejabat pendaftar dengan Syikin..rezeki kami sama2.. alhamdulillah