Friday 27 December 2013

خطة دراسية (STUDY PLAN)

Lagi berbaki 4 minggu semester I, 2013/2014 bakal berakhir. Rasa tak sabar untuk menghabiskan semester ni membuak-buak. Kenapa?

Sebab kadang-kadang rasa bosan untuk ke kelas. Teruk kan. Inilah jadinya bila kadang-kadang belajar tak ikhlas kerana Allah. Kena cari motivasi lain untuk meningkatkan keikhlasan diri belajar kerana Allah dan demi kepentingan umat Islam.

Apa study plan saya? Ini yang saya dah congak-congak dalam kepala:

1) Bulan 10 hingga bulan 1, tahun 2013:
Sem I, 2013/2014   : Habiskan dengan jayanya 4 subjek.

2) Bulan 2 hingga bulan 6, tahun 2014:
Sem II, 2013/2014  : Daftar 3 subjek sahaja.

3) Bulan 10 hingga bulan 1, tahun 2014:
Sem I, 2014/2015   : Daftar 3 subjek sahaja.

4) Bulan 2 hingga bulan 6, tahun 2015:
Sem II, 2014/2015  : Daftar 3 subjek sahaja.

Bermakna pada Julai 2015  saya akan bebas dari kelas. Alhamdulillah.

Bila pula nak ambil imtihan kafa'ah? Mungkin akan daftar pada sem II, 2014/2015.

Bila pula nak hantar khuttah al-bahas? InshaAllah pada cuti sem pendek antara bulan 6-9, tahun 2015 akan cuba siapkan khuttah dan hantar untuk diviva.

Kiranya saya ada tempoh 1 tahun setengah (1.5 tahun) untuk siapkan tesis PhD. Kalau ikut tempoh tamat ialah pada 22 Mac 2017.

Kalau rasanya perlukan penambahan semester, pada bulan 6, tahun 2016 saya perlu membuat surat permohonan ke KPT dan UniSZA untuk pelanjutan phd.

Kalau ikutkan selepas 3 bulan pengajian kena hantar laporan kemajuan ke KPT. Tapi saya xbuat apa-apa laporan pun. Cuma kalau diorang minta saya copy post sy kat blog ni jelah. haha. Masalahnya jadual kemajuan yg KPT bagi adalah utk pengajian PhD 3 tahun sahaja. 

Pelajar phd Malaysia yg belajar kat Jordan ni manalah sempat nk abiskan 3 tahun, kelas saje dah 12 subjek. Dah abis 1.5 tahun untuk kelas sahaja. Kalau ada madah istidrakiyyah macam saya tambah lagi 1 subjek jadi 13 subjek sume sekali. Mahu x mahu kena bahagikan subjek kepada 4 sem. Abis 2 tahun dah untuk kelas sahaja. Mana nak larat ambik 5 subjek dalam 1 sem. 4 subjek ni pun terkontang-kanting. 

Konon sem depan nak ambil 5 subjek, tapi terpaksa mengaku kalah. Mustahil untuk saya ambil 5 subjek dalam 1 sem dengan perangai pensyarah di sini yang bermacam gaya. Bukan kena menghadapi subjek tu saje tapi kena menghadapi sikap pensyarah Arab yg tidak boleh dijangka. Letih otak tiba2 bila bercakap pasal kelas.hik3. Kalaupasal makanan bersinar je mata ye salwa.

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Kenaikan pangkat..rezeki dari Allah

Alhamdulillah..ambil surat kenaikan pangkat di pejabat pendaftar dengan Syikin..rezeki kami sama2.. alhamdulillah