Saturday 7 December 2013

Dapat result mid term subjek حلقة بحث

Hari ni Dr hamdan bagi semula kertas exam mid term minggu lepas dgn markah sekali. Alhamdulillah, boleh lah walaupun rasa terkilan sikit xdapat markah 20 ke atas. Gara2 xsempat nak jawab lengkap sbb dr hamdan kutip kertas ikut bila dia suka.. Rata2 markah masing2 sekitar 14-20 shj. Paling rendah pelajar lelaki warga jordan. Dr hamdan memang terkenal dengan kedekut markah. Jadi xdapat nak expect lebih dari dia. Waktu dia bagi kertas tadi dia sempat puji bagus. Kembang sekejap. Tengok markah sendiri xdelah bagus mana, dapat 18.5/30. Mungkin dia x expect sy boleh dpt markah yg baik mlebihi bberapa student arab mmandangkan sy banyak diam dlm kelas. Malangnya kertas jawapan tadi dr.hamdan ambil semula. Tak dapat sy simpan utk kenangan.

Oklah, ini pula cerita lepas balik dari kelas tadi. Kami main masak2 utk makan tengahari. Ayam goreng sambal hijau sy buat & suami gorengkan sayur...





Sambil makan, suami bagitau sejak duduk Jordan ni dia suka masak sayur. Waktu di malaysia xberapa gemar masak sayur. Begitulah kehidupan, harus ada titik perubahan dari semasa ke semasa. Perubahan ke arah yg lebih baik. Perubahan yg menambah pengalaman hidup dan tidak kekal atas rutin yang sama.






No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Kenaikan pangkat..rezeki dari Allah

Alhamdulillah..ambil surat kenaikan pangkat di pejabat pendaftar dengan Syikin..rezeki kami sama2.. alhamdulillah