Sunday 21 December 2014

Kejadian amuk di malam hari

Malam ni sy mengamuk. Mengamuk dgn lubna dan terutamanya suami. Dari petang tadi setiap kali sy duduk di meja belajar, mengadap laptop, lubna akan panjat kerusi sy dan naik ke atas meja. Dipijak2 peha sy, dicakar2 tgn sy semata2 utk panjat ke atas meja. Kebanyakan masa sy mencuri2 menaip sambil menepis2 tangan lubna meronta2 ingin diriba.

Sejak beberapa hari ni lubna dh pandai panjat blkg kerusi sy dan panjat ke atas meja dgn menapak atas meja kecil tepi kerusi. Duduk atas meja dan menyepahkan segala brg atas meja. Menutup pandangan sy dr mengadap buku @ laptop. Kalau sebelum ni dia akan ambil bakul @ laci almari plastik @ kotak lego utk panjat atas sy dan lompat atas meja. Akhirnya sy terpaksa sorok sgla barang yg dia gunakan utk panjat meja sy @ bergantungan di tangan sy.

Sy jd tertekan. Membaca depan tv lubna akan duduk atau pijak buku sy, konyokkan kertas. Membaca atas meja lubna akan bergayut di tangan sy atau panjat ke atas meja dgn apa cara sekali pun. Hilang sabar hari ini, tadi entah kuasa luar biasa datang dr mn sy menjerit sekuat hati dan mendukung lubna berhajat nak letak di atas tilam tapi tiba2 langsung terhempas tubuh kecilnya ke atas timbunan selimut di atas tilam akibat terlalu marah. Sempat sy hempas kerusi sekali. Jadi berang teramat.

Suami yg tgh mengadap komputer terkejut dgn perbuatan sy. Dalam hati saya, remuk redam. Betapa sy kecewa suami tidak membantu saya pd saat2 kritikal. Hari2 sy mengadu dgn suami sakit kepala. Penat dgn study, tertekan dgn lubna yg selalu inginkan perhatian. Sy ke dapur dia bemain di dapur, sy baring dia minta disusukan. Berdenyut2 kepala skrg. Sambil menaip di blog sambil menyusu lubna. Sy xde banyak peluang utk menaip di laptop.

Lepas mengamuk tadi sy menangis tepi dinding sambil lubna pun menangis selepas dimarahi suami. Sambil menangis lubna mengunjukkan ipad dan minta dipasang video haura' sepupunya di malaysia. Haura' haura', sebutnya pelat. Dia mmg suka tengok video baby. Lebih suka dr tgk upin ipin yg memang lubna xpernah nak tengok. Sy jadi makin sebak. Terus terduduk di tilam sambil nangis sambil bukakan video di ipad. Sambil layan tangis, sambil sy berdoa dlm hati ربنا هب لنا من أزواجنا وذرياتنا قرة أعين berkali2. Sambil memikirkan apakah dosa sy sehingga merasa perkara sekecil ini sbgi ujian yg pahit utk dilalui.

Rasa penat. Tapi harus bangun siapkan tugasan presentation dan membaca sedikit. Lubna pun dh tidur, kerusi yg sy hempas tadi pun masih tergolek atas lantai. Mujur tak patah. Klu x esok2 membebel2lah suami akibat sy melayan amuk di malam hari. Itulah, sape suruh abang malas layan lubna. Kan awa dh mengamuk mcm zombi kampung pisang!

** adakah lelaki tak diciptakan Allah untuk mendidik anak? Mungkin sebab tulah ramai lelaki yg kematian isteri akan berkahwin lagi atas sebab xmampu menjaga anak sendirian.

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Kenaikan pangkat..rezeki dari Allah

Alhamdulillah..ambil surat kenaikan pangkat di pejabat pendaftar dengan Syikin..rezeki kami sama2.. alhamdulillah