Monday 8 December 2014

Renew roadtax kereta

Nak dijadikan cerita pagi tadi buat roadtax di Jumruk Amman yg jauhnya lebih kurang 40 minit dr rumah. Sampai di kaunter tanya itu ini, bila time nak isi borang cari iqamah (visa) dalam dompet tup2 takde! Berderau darah. Alamak rasanya tertinggal di printer kt rumahlah abang, ujar sy pada suami. Kelat muka masing-masing. Gelisah sangat. 

Ya Allah, takkan nak patah balik semula ke Tabarbour. Sudahlah jauh. Saya pula terkejar2 dgn masa nak balik umah awal nak sambung study ada dua imtihan ujung minggu ni. Takpelah tawakkal sajelah, kalau pegawai minta kn pujuk rayulah nampaknya. Sepanjang menunggu nombor giliran tu macam2 dlm kepala. Berdebar-debar klu pegawai tu betul2 minta kad iqamah yg memang xde di tangan.

A 024! No giliran saya naik. Suami dah siap dukung lubna. Saya melangkah sendirian menuju ke kaunter bersama fail2 penuh di tangan dgn penuh debaran. Assalamualaikum, sapa sy pd pegawai bertugas. Alaikumsalam, jawabnya sedikit ramah. Keifal hal? Tanya pegawai. Alhamdulillah tamam, jawab saya. Dalam kepala duk piki pasal kad iqamah yg tertinggal di umah. Enti min maliziya? Soalnya lagi. Na'am jawab sy pantas. Ahlan wa sahlan, Malizia kuwaiyis, sambung pegawai. sambil tersenyum nipis. Lega sedikit tapi masih risaukan iqamah. 

Dipendekkan cerita, pegawai tu langsung xminta iqamah apatah lagi passport, alhamdulillah! Lega sangat2 dan rasa bersyukur kerana Allah telah memudahkan lagi urusan kami. Hanya perlukan isbat tolib, trip-tack, dokumen ta'min dan bayaran sebanyak JOD50 untuk tempoh 6 bulan valid. Lepas berpindah dari satu kaunter ke kaunter selesai sume urusan setelah 1 jam setengah bertapa di sana. Alhamdulillah. 11 Jun 2015 adalah tarikh tamat roadtax dan insuran juga perlu diperbaharui lagi.

Yu'tikal a'fiah (يعطيك العافية), ujar saya tanda terima kasih kepada pegawai di kaunter terakhir yg bertugas mencetak roadtax sy. Ucapan harian di bibir masyarakat Jordan. Betapa kesihatan itu adalah nikmat terbesar untuksetiap manusia. Tersenyum lebar sy keluar dr bangunan, lega urusan selesai. Suami yg paling lega, risau benar kalau betul2 kena balik amik iqamah semula, hik2.

Opss tambah sedikit JOD 10 untuk pembetulan no platk ereta yg salah pd roadtax dulu. Hmm diorg yg salah taip kita yg kena bayar. Tak pelik. Dah pernah kena pada kad iqamah nama separuh xpenuh ditulis. Bila nak buat lesen kereta xlepas dan kn bt semula kad iqamah dan bayar JOD10 pd balai polis yg sama buat kad iqamah sy dulu. Welcome to the Arab world!

Gambar di bawah ketika singgah di mat'am berdekatan beli kambing bakar selesai urasan renew roadtax...




----------------

Tertengok gambar nasi kukus bungkus di Kelantan. Ya Allah sedapnyee. Rasa nak balik kelantan sekarang jugak. Rasa rindu sekejap pd suasana di Malaysia. Rindu nak berkumpul adik-beradik, berborak dgn sanak sedara belah suami. Nak bercakap dan makan ramai2. Anehnya saya tak rasa rindu nak masuk pejabat @ bekerja semula. kihkoh.

-----------------

Bila kena mengadap buku semula rasa berpinar je mata. Penat. Pagi tadi jam 7.30 bersiap keluar. Jam 9.05 sampai di Jumruk Amman. Urusan selesai jam 10,30 pagi. Singgah di mat'am berdekatan jumruk beli kambing bakar ya Allah sedap sangat. Sampai Tabarbour jam 12 tghari pas zuhur. Makan, solat, siapkan lubna. Sekarang jam 2.40 nak sambung study rasa penat. Xpelah mana yg boleh baca sy baca, mana yg xlarat nak dibaca tawakkal pada Allah. Alhamdulillah punya khibroh seperti ini. Harus bersikap lebih positif dan optimis. Ciwah. (Lagi 5 minggu kelas akan berakhir =)




Makan malam hari ini. Suami buay ayam bakar, sy pung pang tmbh lauk kerutuk terung & sup sayur...




No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Kenaikan pangkat..rezeki dari Allah

Alhamdulillah..ambil surat kenaikan pangkat di pejabat pendaftar dengan Syikin..rezeki kami sama2.. alhamdulillah