Thursday 4 December 2014

Nasi maqlubah makanan tempatan Jordan

Nasi maqlubah antara makanan berat masyrakat Jordan. Penyediaannya sangat mudah dan ketika dihidangkan xperlu diterbalikkan walaupun maksudnya adalah nasi terbalik. Kalau menikmati nasi maqlubah di kedai atau di rumah rakan Arab mereka hanya menghidangkan di dalam dulang seperti nasi2 yg lain dan diletakkan ayam dan ditabur kekacang.

Nasi maqlubah pagi tadi...




Resepi saya:

Nasi Maqlubah

Beras basmathi 3 cawan (direndam hingga kembang)
Ayam 1/2 ekor (dipotong kecil)

Kentang (Dihiris bula)
Terung (Dihiris bulat)
Bunga kobis (potong kecil)

Bahan tumisan utk nasi:
Bunga cengkih 5
Biji pelaga 3
Kulit kayu manis 2cm
Bawang besar 1 (dihiris nipis)
Bawang putih (3 ulas)
Serbuk kulit kayu manis 1 sd B
Kiub ayam 1/2
Rempah maqlubah 3 sudu besar utk tumisan nasi.
Garam secukupnya

CARA:
Lumur kentang-terung-bunga kobis-ayam dengan garam dan rempah maqlubah. Goreng asing-asing hingga semuanya garing dan masak. Ketepikan.

Tumis bahan tumisan spt di atas. Bubuh air mengikut kadar beras (sy gandakan dua kali air dari jumlah cawan beras sebab beras akan kembang selepas direndam). Setelah air tadi mendidih letak beras dan tanak seperti biasa. Boleh letak bunga kobis tadi supaya lebih lembut dengan nasi.

Hias mengikut kesukaan.

Mee malam tadi pagi semalam...


Mcm nasi ambeng pulak ghupanya.

Alhamdulillah, berpeluang mengasah hobi memasak sejak duduk jordan ni. Banyak lagi yg perlu dipelajar & diperbaiki.

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Kenaikan pangkat..rezeki dari Allah

Alhamdulillah..ambil surat kenaikan pangkat di pejabat pendaftar dengan Syikin..rezeki kami sama2.. alhamdulillah