Monday 1 December 2014

Bersedia untuk imtihan awwal

Lagi 2 minggu imtihan awwal untuk madah طرائق التعليم والتعلم. Baru nak serius membaca sejak semalam. Dalam 3 minggu ni pasti lebih sibuk sbb kebanyakan tugasan berkumpul dalam minggu ketujuh dan lapan pengajian termasuklah imtihan.

Tadi sempat baca semula tulisan2 di blog yg lepas. Best pulak bila baca semula tengok gambar2 yg ada. Macam baca buku cerita. kui2. Sy memang gemar tulis perasaan xsuka, marah, sedih. Rasa lebih lega bila dah terluah. Lepas tu saya pun lupa dah perasaan sedih tu. Rasa marah pun hilang. Penulisan mcm blog ni satu terapi untuk saya. Permulaan untuk muhasabah diri dan lebih kuat untuk menghadapi hari yg mendatang. 

Kalau xdapat luah dengan kata-kata, blog macam ni adalah tempat terbaik untuk dicurahkan segala rasa. Tapi kena lebih berhemah dan bersopan sebab ada banyak silent reader yg akan menghakimi segala tulisan-tulisan kita. Ada yg akan menghakimi dgn positif tak kurang jugak yg merasa negatif dgn cerita kita. Kalau tulis di diari lebih selamat sbnrnya. Cuma kerap kali bahan disimpan atas kertas akan hilang mengikut peredaran masa. Gambar pun xboleh nak letak.

Saya juga suka berfikir. Saya xsuka jadi mak turut ikut saja apa depan mata. Sebelum buat sesuatu atau terima sesuatu sy mesti ada reason yg kuat atau logik. Bila sy xdpt luahkan apa yg sy fikir dgn kata-kata, maka blog adalah tempatnya. Sampai kadang2 sy rasa cerita saya lebih sampai maknanya melalui tulisan berbanding cerita melalui mulut. Dapat rs kesannya terutama bila sy bercerita dgn suami rs xsedap berbanding klu sy tulis di blog. kihkoh.


No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Kenaikan pangkat..rezeki dari Allah

Alhamdulillah..ambil surat kenaikan pangkat di pejabat pendaftar dengan Syikin..rezeki kami sama2.. alhamdulillah