Tuesday 16 December 2014

Teknik membaca al-Quran قاعدة نورانية

Hari isnin semalam sy berpeluang mempelajari qaedah nuraniah. Jam 9.30 pagi kami keluar menuju ke Abdoun. Sayyidah fatimah sudah bersedia menunggu di tepi jln utama menuju ke bandar Amman utk tunjukkan kami arah jln ke sana. Walaupun agak jauh dr Tabarbour tp kerana minat ingin mendalami kaedah ini sy tekad utk pergi juga. Macam biasa suami dan lubna setia menemani. Walaupun sayyidah offer naik kereta dia tapi suami harus juga tahu di mana berlangsungnya pengajian. Jadi suami ikut sekali dan bercadang menunggu di dalam kereta atau singgah di taj mall smentara menunggu kelas sy selesai.

Apa itu qaedah nuraniah? Kali pertama sy dengar istilah ini dr mulut Sayyidah fatimah. Awwalu marroh sami'tu hai mustolah, ujar sy pada sayyidah dlm perbualan telefon beberapa minggu lepas. Secara ringkas kaedah ini digunakan utk mempelajari sebutan makhraj huruf2 bahasa Arab dengan betul. Sounds interesting! Jom tengok buku yg digunakan utk mempelajari kaedah ini....


Rakan sekelas yg baru sy kenali telah menghadiahkan sebuah buku kaedah nuraniah kepada sy. Alhamdulillah. Semoga Allah menganjarinya pahala yg berlipat ganda. Balik rumah sy praktikkan bacaan sperti dalam kelas tadi, seronok sampai rs xboleh berenti praktis. 

Antara rakan sekelas yg hadir...



Sayangnya hari ni merupakan hari terakhir mereka membaca menggunakan kaedah nuraniah. Minggu depan mereka akan melakukan murojaah (revision) secara keseluruhan. Xmengapalah walaupun sempat mempelajari teknik ini dgn masa singkat sekurangnya sy sudah tahu dan faham apa itu kaedah nuraniah yg disebut sayyidah fatimah. Alhamdulillah seronok. Sekiranya dipanjangkan umur, minggu seterusnya kami akan mengenali hukum tajwid dan mempelajari bacaan al-quran secara bertajwid. Cuma sy berkira-kira utk mencari kelas tajwid berdekatan tabarbour shj nanti sebab Abdoun jauh dr rumah. Kesian suami menunggu dalam kereta. Tengoklah mcm mana nanti,

Balik dr kelas kami sume rs lapar. Singgah makan di mata'm hadramaut...



Ini kali kedua kami pergi. Rasanya xberapa mengujakan. Sebab utama singgah sbb dh terlalu lapar dan jalan ke babul yaman sgt jem. Jd singgah sj di sini.

Selesai mkn kami meneruskan misi ke mundo blanco. Xplan pun ke sini tp oleh kerana berniat nk beli hadiah pd k.shila sempena besdaynya baru ni jd singgah sebentar. Wah menarik juga ye. Banyak brg2 terutamanya peralatan dapur. Selesai membeli bergegas kami ke rumah k.shila terletak di sweileh. Kebetulan tujuan utama ke rumah k.shila & u.ghazali ialah utk menghantar laptop ustaz yg suami baiki baru ni.

Tuan rumah menjamu nasi! Walaupun dh kenyang tp makanan mana boleh tolak.kui2...


Makan sambil borak2. Kena cepat juga sbb k.shila dan ustaz ada discussion jam 4 dan kelas pd jam 5. Jadi kami offer utk hantar mereka ke universiti. Kebetulan k.shila nak antar anak2nya ke rumah rakan msia widad utk tengok2kan anak2nya spnjg mereka ke kelas. Rumah widad berdekatan dgn universiti of jordan.

Misi seterusnya ke rumah widad pulak. Kebetulan widad baru balik dr jalan2 di turki. Merasalah kami halawiyyat dr sana. Gambar di umah widad xsempat nak amik. Widad offer makan nasi tp terpaksa tolak sbb kami dh kenyang sgt. Sempat borak dgn widad suasana di turki dan cara utk ke sana. InshaAllah ada rezeki kami berhajat utk ke sana juga sblm pulang for good ke msia.

Oklah badan rs penat. Mahu berehat dulu. Lubna pun dh ketiduran.

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Kenaikan pangkat..rezeki dari Allah

Alhamdulillah..ambil surat kenaikan pangkat di pejabat pendaftar dengan Syikin..rezeki kami sama2.. alhamdulillah