Monday 5 January 2015

Persediaan menyambut salji

Malam tadi saya dan suami bertungkus lumus megemas bilik tidur mjadi multi purpose room. Suami angkat tv bawak masuk dlm bilik tidur. Sy susun atur tilam spy senang nak bergerak. Bilik tidur dah jadi bilik belajar, bilik tv dan xlama lagi bilik makan kami. Ini sume demi mengelakkan dr kesejukan yg mencengkam tulang temulang dan persediaan menempuh hari salji yg dijangka esok atau lusa.

Paparan suhu dr whatsapp rakan di sini...


Kalau mengikut pengalaman tahun lepas, suhu yg jatuh sekitar 1°c dan ke bawah adalah petanda salji akan turun. Tengok simbol mcm bintang * tu adalah simbol salji. Besnya klu dpt main salji macam tahun lepas depan umah. Cuma harapnya tidaklah lebat sampi sukar utk bergerak keluar dan janganlah lama sangat. Urusan kelas masih berbaki dua minggu harapnya dipermudahkan Allah segala urusan kita.

Sarapan merangkap mkn tghari kami, nasi lemak pandan...


Makan dgn lebihan kopok lekor bt baru ni. Xcukup pulak rs kopok tu. Kn pg cari ikan makeral lg bila2.

-------

Makin jatuh duit kita. 1 dinar jordan menyamai RM5.01. Dengarnya akan lebih teruk jatuh dalam masa beberapa bulan akan datang.

Kesan negatif yg kami akan terima bila berada di luar negara dgn kejatuhan ringgit Malaysia:

- Kadar ringgit yg lebih besar utk bayaran sewa rumah. Sebelum kejatuhan duit RM sewa rumah sebulan di sini lebih kurang RM1242. Tapi setelah kejatuhan duit sewa rumah sebulan menjadi RM1355.

- Kos barangan keperluan memerlukan belanja RM yang lebih tinggi.

Kalau di Malaysia kemungkinan besar barang2 harian akan naik harga seiring dgn kejatuhan RM. Sama sj sebenarnya duduk di luar atau dalam negara. Peritnya sama-sama dirasa. Bezanya di sini saya suami dan anak masih boleh menarik nafas lega sbb kos kehidupan harian diberi elaun. Tepuk dada tanya iman bagaimana utk berjimat-cermat. Ini pun sudah goyah, wang elaun hampir kehabisan sebelum tamat bulan Januari. Sebolehnya tidak mahu lagi menyentuh duit gaji spt yg berlaku tahun lepas. InshaAllah boleh!

Gambaran oven pun asyik bermain dlm kepala. Time nilah rs nak bakar macam2 kek, ayam panggang. Tapi kalau nak beli kn guna duit gaji. Itu yg buat keinginan terbantut. Kena lebih berdisplin mengurus kewangan. 

Makan malam...






No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Paya Bunga Hotel 2024

Sempena meraikan kejayaan Lubna memperolehi UPKK 5A 3B dan paling utama nak siapkan buku dengan mood baru, kami suami isteri tempah hotel se...