Saturday 3 January 2015

Susun meja belajar lagi

Macam biasa...



Wall of word sy xbertambah sangat. Kali ni meja duk mengadap dinding, harapnya makin mudah menampal perkataan2 baru dan semakin semangat belajar, inshaAllah.

(Lubna berebut nak naik atas meja, walid kata macam dia nak belajar. Kihkoh)

-------

Baru berkesempatan tengok FB. Sedih tengok video mangsa banjir hilang tempat tinggal. Tinggal sehelai sepinggang. Kita yg mampu ni, berilah mana yang termampu.  

-------

Timbang berat lubna dah 11.4kg. Berada antara standard 9.9kg dan 12.4kg bagi kanak-kanak berumur 2 tahun 1 bulan. Alhamdulillah. Walaupun xberjaya mendebabkan lubna ttp berjaya mengekalkan berat badan ideal utk dia. Tinggi pulak kami tanda di dinding saja sejak lubna boleh berdiri sendiri sehinggalah sekarang. Tapi sy masih belum ukur tanda paa dinding guna tali ukur. Nantilah bila rajin. Yg pasti lubna semakin meninggi hari ke hari dan semakin halus pada mata ummi.

Gizi yg seimbang seawal usia anak kecil sgt penting utk perkembangan otak kanak-kanak. Sebenarnya bermula dari awal ibu mengandung pemakanan ibu harus dijaga. Dan sebenar2nya sebelum mengandung lagi wanita harus mempunyai tabiat pemakanan yg sihat! Begitu juga bapa yg mempunyai diet pemakanan yg sihat juga memainkan peranan yg besar untuk menghasilkan sperma yg berkualiti. 

Kalau baca antara sebab musabab learning difficulties terbahagi kpd 3 punca (Sbenarnya ada banyak teori tapi cukup yg tiga ini saya sebut berdasarkan pembelajaran dalam kelas):

a) Sebelum melahirkan:
Keadaan ibu ketika mengandung. Samada ibu terdedah pada bahan kimia dan mengambil ubatan yg dilarang, atau emosi ibu yg buruk, minum arak, merokok, mengambil dadah, gizi tidak seimbang, ibu menghidapi kencing manis atau beberapa penyakit lain ketika mengandung, ibu terlibat dlm kemalangan (yg serius) dll.

**Perbanyakkan ibadah2 sunat ketika mngandung bantu mengawal emosi dari menjadi buruk. Bukan ibu sahaja, bapa pun perlu lakukan.

b) Ketika melahirkan: 
Keadaan ketika proses kelahiran seperti bayi lemas akibat tidak cukup oksigen mgkn disebabkan terbelit tali pusat atau tidak menangis ketika dilahirkan menyebabkan oksigen lambat sampai di otak, bayi yang lahir kurang dari berat badan sepatutnya iaitu atas dr 2.5kg (ramai ambil mudah pasal ini), segala komplikasi yg ibu alami ketika proses melahirkan memberi kesan pada perkembangan otak anak pada kemudian hari. Sedih bila baca pasal ni tapi hakikatnya peratusan kanak2 yg mengalami learning difficulties rata2nya mempunyai sejarah masalah ketika dilahirkan. Kaedah vacum, czer sumenya ade pengaruh pd bayi. Bezanya samada tahap difficulties tu mild atau medium atau severe. 

c) Selepas kelahiran:
Situasi bayi selepas kelahiran yg mungkin terdedah kpd gizi yg xseimbang, suasana rumah yg tidak aman, pendidikan awal sekolah yg tidak kondusif, kemalangan atau hentakan pd bahagian kepala dll. 90% kanak2 dilahirkan mempunyai bakat luar biasa, tapi didikan keras dan herdikan membuatkan perkembangan akalnya terbantut. Risau juga kadang2 hilang sabar dgn lubna.

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Paya Bunga Hotel 2024

Sempena meraikan kejayaan Lubna memperolehi UPKK 5A 3B dan paling utama nak siapkan buku dengan mood baru, kami suami isteri tempah hotel se...