Sunday 4 January 2015

Sumbangan banjir

Hari ni mak whatsapp gambar barang2 yg abah akan bawa utk sumbangan mangsa banjir di dabong, kelantan. 



Sabasun dah siap packing sume. Dalam Rm3000 kos jumlah barangan utk sumbangan kata emak. Setiap plastik diisi beras 5kg, sardin 2 tin, gula dan biskut. Ada juga beberapa kanvas dan khemas turut abah dan mak beli. InshaAllah klu tiada aral abah akan naik lori dgn drebar lori dr terengganu menuju ke kelantan hari esok. Lori yang abah sewa dari kawannya juga. Sampai di Pasir Puteh kawan abah YB zainuddin akan ikut sekali dan bersama2 naik bot ke Dabong. Itu rancangannya kata emak di whatsapp. 

Semoga urusan berjalan lancar inshaAllah. Selamat pergi dan kembali ke pangkuan kami. Sy hanya dpt sumbang sedikit utk misi abah ini sbb dh salur melalui jabatan amal dan yayasan amal terengganu sebelum ini. Tak menyangka kata2 abah tempoh hari (melalui perbualan telefon sy ke Malaysia) yg abah nak pegi ziarah kelantan melawat mangsa banjir rupa2nya lebih dari sebuah lawatan. Semoga Allah permudahkan urusan abah dan emak di dunia dan akhirat inshaAllah.


Angkat bawak masuk dlm lori malam tadi...


Oklah, menu kami hari ini. Nasi ayam bersambal masam2 manis...


Menu kami di tabarbour hari ini atas permintaan suami. Nasi ayam bersambal. Macam nasi minyak pun ye tapi makan dgn sup.


Hari ni mcm biasa berperang dgn lubna. Sy duk di meja dia ikut naik atas meja. Sy baring dia baring dan minta disusukan @ pun tepuk2 muka sy. Sy ke dapur dia main di dapur. Alahai, melekat 22 jam anak dara saya ni. Lg 2 jam purata sehari dia main sendiri. Malam tidur masih di bawah ketiak. Layankan jelah walau kdg2 hilang sabar terutama musim2 nak exam ni, atau bahas yg banyak. Bersabar jelah.

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Paya Bunga Hotel 2024

Sempena meraikan kejayaan Lubna memperolehi UPKK 5A 3B dan paling utama nak siapkan buku dengan mood baru, kami suami isteri tempah hotel se...