Monday 19 January 2015

Stop breastfeed lubna

Alhamdulillah dah 5 hari 4 malam lubna xmenyusu badan. Usia pun dah 2 tahun 2 bulan baru ummi ada kekuatan nak bertegas dgn lubna. Lepas bckp dlm telefon dgn kakak baru ni ttg kesan negatif pd emosi anak sekiranya menyusukan anak melebihi usia dua tahun, sy tekad nk stop breastfeeding. 

Mula-mula sy stopkan BF siang hari sejak lubna dh pandai makan pepejal. Lebih kurang usia 1 tahun 5 bulan lubna dh berhent BF siang hari. Kalau ada pun jarang sgt. Jadi siang hari lubna makan makanan yg mengenyangkan. Bila malam shj lubna akn menyusu bdn bila nak tido dan beberapa kali bangun malam utk menyusu. Lebih sukar nk stop BF malam2 sbb lubna plk xnak susu formula. Kami plk malas nak bangun buat susu, sbb dh tahu lubna xkan minum pun kihkoh. Jadi berterusan dia menyusu bdn setiap malam sampailah minggu lepas.

Tapi sejak beberapa hari bertegas ni bila ckp la', kholas ma fih halib (merujuk pd susu badan) lubna dh tak minta sgt susu badan malam2. Tepuk sambil nyanyi alunan zikir dan nasyid lubna akn lali dan tidur. Tgh2 malam pun bila terjaga, biasanya sy suakan dgn BF tp sekarang sy gantikan dgn tepukan. Tidur juga alhamdulillah. Pernah baca kdg2 anak2 nk BF bukan sbb lapar tp sbb nak rs dekat dgn kita. Comel betul.

Sebelum tekad nak ajar lubna benti menyusu badan, pernah terjadi satu dua malam bila dia terjaga menangis nk BF sy biarkan dia menangis saja. Lama2 dia akan lali dan tertidur. Tapi pernah sekali tangisnya xberhenti. Terus bangun buat susu formula. Haaa waktu ni susu formula mmg laku sbb dia dh menangis agak lama jd susu apa pun dia terima. Skrg sebelum tidur malam lubna akan minum susu formula dulu wlupun sikit. Kebiasaan lubna akan menyusu sebelum tidur mlm, tengah2 malam dua tiga kali dan beberapa kali slps subuh. Mmg mencabar bila nk benti BF pd ketiga2 situasi di atas. 

Susu tin setengah kilo sebulan baru habis sbb xberapa nak minum, tp sejak beberapa hari ni makin kerap minum susu formula. Jadi laku pulak. Sy beli jenama prestige di sini. 600gm harganya dlm JD 10.30 lebih kurang RM52. 

Ok, nak buat tugasan tinggal satu lagi. Ahad ni dh start imtihan nihaie.

Makan tghari smlm, teringin sgt..


---------

Makan tengahari hari ni...

Ikan zubaydi (mcm ikan bawal) masak 3 rasa, air tgn suami. Sy tmbh buat tomyam bunga kobis dan goreng nugget...


Sejak beberapa hari ni mood memasak xberapa ada. Nk update blog pun malas. Ok nk smbg tugasan & mbaca.


No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Paya Bunga Hotel 2024

Sempena meraikan kejayaan Lubna memperolehi UPKK 5A 3B dan paling utama nak siapkan buku dengan mood baru, kami suami isteri tempah hotel se...