Wednesday 17 June 2015

Kargo barang kami sudah sampai!

Petang semalam barang yg kami beli dari msia telah pun sampai je Jordan. Alhamdulillah! Sebulan lebih menunggu dgn kerisauan akhirnya sampai ke tangan...


Kami guna perkhidmatan middle east cargo yg membawa segala kargo dari msia melalui jalan air iaitu kapal. Sebab itulah tempoh yg diambil utk sampai ke sini sebulan lebih termasuk kastam di msia dan di jordan. Yg pasti caj yg dikenakan sangat murah berbanding kargo melalui udara yg mengenakan caj RM35 utk setiap kilo brg. Kalau melalui kargo kapal yg kami ambil harga caj sekotak ialah RM200 dan boleh mengisi hampir 30kg barang tidak termasuk kos barang. Kebetulan makcik suami menetap di shah alam jadi kami minta makcik belikan dan transfer duit melalui internet banking. Ini yg kami beli  dari msia...


Sementara menunggu barang sampai kami singgah sekejap di rumah midah & amni. Tuan umah jemput naik ke umah dan jamu makan nasi & sup ayam yg sgt sedap bersama sambal belacan & telur dadar...sedap sangat2 tau..hihi


Sedap sungguh makan sambil berborak sehingga terlewat masa sy berjanji dgn jiran sebelah rumah yg ingin melawat lubna. Tp xpe sbb jiran bgtau bila sampai di rumah baru sy call semula. Tup2 bila dh dekat umah call jiran kata klu xdpt jumpa hari ni jumpa hari lain pun xpe. Kalau dia lalu depan umah malam ni dia akan singgah. 

Akhirnya xsinggah pun. Penat je terkejar2 balik umah. Kalau tau berlama2 sikit duk umah midah amni sambil minum syai. Hmm belum lg sbb tergesa2 terlepas pandang lubna hampir berlari ke tgh jalan sblm masuk keta. Mujur keta arab tu sempat berenti sambil menghamburkan kata nista. Typical arab. Kita salah pun dia sumpah seranah kita, klu kita xsalah pun kena seranah jg. Yg pasti dia saje yg betul.

Oklah, memandangkan hari ni hari pertama puasa, jadi kena jimat tenaga dan kawal emosi. Yg pasti jam 1-3 ptg nanti sy akan mengalami proses ketar2 akibat lapar sehingga rs tidak berdaya & putus harapan. Teruk betul bunyinya. Mmg mcm tulah lagi2 minggu pertama puasa. Sahur tadi sy makan kurma sebijik & air masak. Harap dpt bertahan sehingga maghrib. Dah lama sy amalkan mkn kurma ketika sahur. Badan lebih bertenaga di siang hari & kurang haus. Tapi bdn xkurus2 jugak. kih3.

Sedikit tazkirah utk peringatan bersama:

"Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa, adalah baginya pahala seumpama pahala orang yang berpuasa itu, tanpa dikurangi walaupun sedikit daripada pahala orang yang berpuasa itu.”

(Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Khzaimah dan Ibnu Hibban)

Sy suka jamu orang makan terutama orang yg xcerewet dan mmg makan apa saja dan suka makan. Jemput datang ke rumah sesiapa yg sudi, boleh iftor sama2 ramadhan ini inshaAllah.

2 comments:

  1. akak...ade jugak part makan nasi ngn sup ayam tuhh...hihih...

    nanti dtg lagi kite bukak pose sama2 plak..

    ReplyDelete
  2. Kena citer sup ayam tu sebab sedap sgt...hi3
    InshaAllah, tuan umah dh bagi green light boleh serbu bila2 masa ni...kihkoh

    ReplyDelete

شكرا على تعليقاتك

Kenaikan pangkat..rezeki dari Allah

Alhamdulillah..ambil surat kenaikan pangkat di pejabat pendaftar dengan Syikin..rezeki kami sama2.. alhamdulillah