Sunday 14 June 2015

Perasaan bercampur baur...

Lusa adalah kertas terakhir sy bg madah takhtit manahij. Teruja berdebar semua ada memandangkan kertas ini merupakan penutup kepada segala mawad yg telah sy ambil sejak 2013. Berdebar sebab lepas ini sy perlu bertungkus lumus seorang diri menyiapkan proposal & tesis. Tiada lagi ke kelas menerima arahan drpd para dakatir. Tiada lagi kebergantungan kepada orang lain dalam proses pembelajaran melainkan diri sendiri. Berdebar dan teruja.

Takut sekiranya tidak mampu mendisiplinkan diri. Hampir dua tahun hanya mengikut khuttoh dirosah yg telah disediakan universiti & dakatir, bila kena plan sendiri lepas ni rasa sedikit gelisah. Mujur ada secebis pengalaman ketika menulis zaman master dulu sedikit sebanyak memberi harapan bahawa sy boleh berjaya lagi. Benar, penulisan tesis ketika master benar2 membantu kita di peringkat PhD. Yg perlu sekarang adalah kerajinan dan azam yg kuat.

Paling utama, solat sunat, solat hajat mohon pada Allah sentiasa agar dimudahkan jalan ini. Doa & tawakkal kunci utama untuk berjaya & rasa tenang dari segala dugaan dan ujian. 


Mohon juga dijauhkan dari orang yg sentiasa membawa aura negatif kepada kita. Lupakan mereka & fokus pada impian kita. Semoga berjaya.

2 comments:

شكرا على تعليقاتك

Kenaikan pangkat..rezeki dari Allah

Alhamdulillah..ambil surat kenaikan pangkat di pejabat pendaftar dengan Syikin..rezeki kami sama2.. alhamdulillah